![[VIDEO] Isteri Beri Taklimat Pada Shahrol Shiro, Seloroh Siap Pantau Live Location – ‘Supaya Cikgu Tak Call Anak Salah Sekolah’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/shahrol-shiro-22.jpg)
Perkongsian isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro iaitu Nor Farhanah Syamimi tentang hari pertama persekolahan anak mereka telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Ni Mab** Eh?’ – Shahrol Shiro Kongsi Pengalaman Lucu Silap Hantar Anak Pergi Sekolah
Artikel Berkaitan: Shahrol Shiro Kecewa Pelawak Baharu Dipinggir – ‘Henti Buat Keputusan Berdasarkan Suara Ghaib’
Pesanan untuk Shahrol

Menerusi hantaran di Threads, Farhanah memuat naik foto Shahrol bersama anak mereka Iskandar Rizqi yang lengkap beruniform sekolah.
Menurut Farhanah, cahaya matanya itu juga meminta dia menyiapkan bekal untuk dikongsi bersama rakan-rakan di sekolah.
Hari ni bangun awal. Siapkan bekal Rizqi. Rizqi minta chicken popcorn extra sebab nak makan dengan kawan-kawan.
Sementara itu, yang menarik perhatian warganet adalah pesanan Farhanah kepada Sharol iaitu supaya dia tidak mengulangi kejadian lucu pada tahun lalu.
Lepas tu ni part paling penting buat Ayah Rizqi.
Bagi taklimat pada ayah Rizqi supaya tiada kesilapan. Supaya tiada lagi tiba-tiba cikgu telefon bagitahu anak awak salah sekolah.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, Farhanah dilihat sempat berseloroh bersama warganet dengan mengatakan bahawa dia memantau perjalanan suaminya menggunakan kemudahan ‘live location.’
Dalam masa sama, rata-rata warganet juga masih tidak boleh melupakan momen dua beranak itu.
Salah beg

Sementara itu, pada hantaran yang lain, Shahrol memuat naik video dan memaklumkan bahawa kali ini Farhanah pula yang tersalah menyediakan beg sekolah anak mereka.
Tapi ayah ini beg sekolah agama.
Terdahulu, tular video yang memaparkan Shahrol atau nama lengkapnya Shahrol Azizie Azmi, 41, yang tersilap menghantar anak ke sekolah berlainan dan hanya menyedari selepas beberapa jam.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

