Tindakan seorang pemandu yang meletakkan kenderaan jenis trak pikap sehingga menghalang laluan pejalan kaki mengundang amarah daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah, Lelaki Tampal Nota ‘Untuk Dijual’.. Terus Dia Alih!
Artikel Berkaitan: Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jiran Oh Jiran! Sampai 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju…
Salah parking kereta?
Menerusi ciapan di Twitter, seorang lelaki berkongsi sekeping foto memaparkan sebuah trak pikap yang menghalang laluan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang ketika itu menggunakan bantuan khidmat kerusi roda.
Difahamkan, pemilik kenderaan berkenaan bertindak meletakkan kenderaaan di situ bagi mengelakkan terkena panas cahaya matahari dan hujan memandangkan laluan tersebut dilengkapi bumbung.
Menerusi sekeping foto lain dikongsi, pihak berkuasa tempatan difahamkan sudah mengambil tindakan mengeluarkan saman. Hasil pemeriksaan warganet, trak pikap tersebut dipercayai mempunyai lebih kurang 10 saman berjumlah RM2,400.
Respon netizen
Menerusi ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mengecam tindakan pemandu tersebut yang dikatakan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang ramai.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih hampir 1.5k retweet dan tanda suka.
Sumber: Twitter