Pihak polis mengesahkan suspek bunuh isteri dan bayi lelaki yang ditahan semalam, bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Artikel berkaitan: Saksi 14 Tahun Nampak Suspek Heret Isteri Keluar Rumah, Pegang Pisau Pemotong Daging
Artikel berkaitan: Sempat Belanja Budak Kampung ‘Breakfast’, Jiran Terkejut Suspek Sanggup Kelar Isteri
Artikel berkaitan: ‘Saya Tahu Menantu Tiada Pekerjaan Tetap Selepas Berhenti Kerja’ – Bapa Mangsa Kelar Leher
Artikel berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak
Artikel berkaitan: Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’
Negatif dadah
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Suspek disahkan negatif dadah dan motif kejadian itu masih lagi dalam siasatan.
Tambah Raub, maklumat lanjut mengenai dakwaan suspek mungkin kemurungan yang mendorong tindakan itu berlaku bakal diberitahu kelak. Terdahulu, pihak polis menahan suspek berusia 25 tahun di kawasan Permas Jaya pada pukul 2.45 petang semalam selepas disyaki mengelar isteri dan anak lelakinya hingga meninggal dunia di Kampung Bakar Batu. Sejurus kejadian, suspek dikatakan melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal, hingga video dan gambarnya viral di media sosial.
Sumber: Harian Metro