Dulu-dulu dekat Malaysia mesin layan diri ni jual air je tau. Nama glamournya ialah ‘Mesin Gedegang’! Mesin layan diri ni juga sangat famous dekat Jepun. Tapi sekarang ni Malaysia pun dah setanding negara Jepun, mesin layan diri kita pun bukan calang-calang.
Pergi la mana-mana tempat awam pun, mesti nampak mesin layan diri ni. Tapi ada satu mesin layan diri yang lebih special. Siap berpeluang untuk memenangi hadiah menarik wei. Korang mesti suka punya la!
Jom sertai peraduan Let’s Flash X It! bersama Mesin Layan Diri Pintar SpaceX!
Dengar ni! Kami ada berita menarik untuk korang. Mesti korang suka punya la. Korang boleh sertai peraduan menarik, Let’s Flash X It! bersama mesin layan diri pintar SpaceX bermula 18 Oktober hingga 17 November 2022 tau. Yay!
Bersama tagline “Scan, Flash and Grab“, korang hanya perlu scan di mesin ni untuk menangi hadiah menarik. Memang mudah dan syok gila ah. Macam mana nak join? Meh tengok kat bawah.
CARA SERTAI LET’S FLASH X IT! BERSAMA MESIN LAYAN DIRI PINTAR SPACEX
[LANGKAH 1] Imbas kod QR khas dari visual kempen SpaceX di media sosial atau di semua mesin layan diri pintar SpaceX.
[LANGKAH 2] Isi butiran selepas proses imbasan melalui pautan yang disediakan.
[LANGKAH 3] Terima kod QR penebusan melalui sms.
[LANGKAH 4] Tebus hadiah misteri dengan mengimbas QR penebusan di mesin layan diri pintar SpaceX.
**Jika mesin kehabisan stok, sila kembali pada minggu hadapan atau korang boleh cuba di mesin yang lain untuk menebus hadiah
Nampak? Mudah je kan. Jangan lupa try kalau korang nampak mesin layan diri pintar SpaceX ni. Free gift menarik menanti korang okay!
Mesin layan diri pintar SpaceX, bukan mesin layan diri biasa-biasa!
Wei, canggih gila mesin ni, boleh touch screen!
Mesin layan diri pintar SpaceX sebenarnya dah ada banyak kat sekitar Lembah Klang tau, lebih 200 lokasi! Ramai yang suka gunakannya sebab mesra pengguna!
Tiba-tiba perut lapar. Nak beli makanan kat kedai macam tak sempat pulak. Eh, tiba-tiba nampak mesin layan diri pintar SpaceX. Happy tak terkata. Serius jadi penyelamat!
Mesin layan diri pintar SpaceX ialah mesin tanpa tunai automatik yang mesra pengguna bersama DOOH Media. Mesin layan diri interaktif 55 inci ni ditampilkan bersama saiz skrin HD penuh (touch screen). Hebat kan?
Bila tengok mesin layan diri pintar SpaceX, serius kagum. Mesin ni bukan setakat sediakan makanan dan minuman tau. Barangan penjagaan kesihatan turut disediakan di mesin layan diri MediBox. Sangat berguna!
Senang je guna mesin layan diri pintar SpaceX!
Tak payah kekok guys. Guna mesin layan diri pintar SpaceX ni sangat mudah dengan 3 langkah. Kacang goreng je. Jom cuba!
[LANGKAH 1] PILIH BARANG
- Sentuh skrin untuk memulakan. Dan pilih barang yang korang nak beli.
[LANGKAH 2] IMBAS KOD QR E-WALLET ATAU KAD KREDIT KORANG
- Pilih pembayaran pilihan korang melalui e-wallet atau kad kredit pada halaman pembayaran.
- Imbas kod qr korang di pengimbas qr atau kad kredit korang di terminal.
- Tunggu pemberitahuan dan pengesahan pada skrin.
[LANGKAH 3] AMBIL BARANG
- Barang korang akan berada di zon kotak pickup. Ambil barang korang dan enjoy!
Nak info lebih lanjut? Korang boleh terus ke laman web mereka di https://www.spacedx.com.my/. Jangan lupa like dan follow Facebook SpaceX dan Instagram @spacedxmy untuk ketahui perkembangan terkini mereka!