Anak lelaki kepada Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan mula ceburi bidang perniagaan dengan jualan minuman keras jenis premium yang difahamkan perniagaan yang dikongsi bersama dua rakan yang lain.
Walau bagaimanapun, Aryan Khan dikecam kerana tidak menghormati agama bapanya yang beragama Islam.
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Senyum & Pakai Rantai Salib Semasa Parti Hari Jadi, Netizen Persoal Agama Anak Shah Rukh Khan
Artikel Berkaitan: Selepas 25 Hari Tidur Di Penjara, Anak Shah Rukh Khan Bebas Dengan Ikat Jamin
Artikel Berkaitan: Peguam Dakwa Penangkapan Aryan Khan Langgar Perlembagaan – ‘Tiada Sebarang Bukti Ditemui Bersama Aryan’
Jual minuman keras premium
Memetik laporan Times Of India, Aryan memberitahu dia dan rakan kongsinya mengambil masa selama lima tahun bagi menjayakan perniagaan ini.
Tambahnya, perniagaan tersebut bukan sahaja fokus dengan minuman keras tetapi terdapat juga barangan lain seperti pakaian dan aksesori premium.
Kami merancang untuk melancarkan rangkaian minuman dan pakaian lain dengan koleksi edisi terhad tidak lama lagi.
Segala produk kami akan menjadi gabungan warisan dan mempunyai kualiti yang luar biasa. Ianya direka untuk meningkatkan pengalaman penguna produk kami.
Dalam pada itu, Aryan menyatakan dia ingin mengembangkan perniagaannya ke seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara.
Susulan berita pernigaan yang dilancarkan itu, Aryan menerima tomahan daripada netizen kerana dianggap tidak menghormati agama bapanya yang mengharamkan minuman keras.
Sebelum ini, Aryan Khan pernah menjadi bualan hangat dengan isu pemakaian rantai leher berlogo salib yang menjadi tanda tanya tentang agama anak kepada pelakon tersebut.
Sumber: Timesofindia