Pandemik telah menyebabkan perubahan ketara dalam pasaran hartanah di negara ini. Namun, baru-baru ini, duduk by EcoWorld telah menjadi tumpuan dengan produk baharunya yang menawarkan pengalaman hidup vertikal baharu. Kalau dalam industri automotif, semua orang sedang bercakap tentang kenderaan elektrik. Tapi, dalam industri hartanah, duduk menjadi bualan hangat – pembangunan tinggi yang hidupkan impian, mudahkan gaya hidup korang serta mudah memiliki.
Projek duduk by EcoWorld di Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary juga telah menerima sambutan yang menggalakkan semasa pelancarannya baru-baru ini
duduk by EcoWorld dibangunkan di lokasi baharu!
duduk by EcoWorld kini telah berkembang ke empat lokasi strategik utama iaitu: Eco Botanic di Iskandar Puteri, Eco Spring di Tebrau, Eco Ardence di Setia Alam, dan Eco Majestic di Semenyih. Ini merupakan pilihan yang sangat ideal untuk golongan profesional muda, mereka yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga, pesara atau sesiapa sahaja yang ingin menjalani gaya hidup yang selesa bersama keluarga
duduk mempunyai keluasan purata 1,000 kaki persegi*, bersama 3 bilik tidur, 2 bilik mandi*, 2 tempat letak kereta, separa berperabot* dan pelbagai kemudahan asas yang membolehkan korang merealisasikan impian korang untuk memiliki rumah yang ideal. duduk juga menawarkan sistem security yang terselamat bagi memastikan penduduk menikmati kehidupan yang selesa dan aman.
Berikut min kongsikan 4 projek perumahan terbaharu duduk by EcoWorld yang korang dah boleh usha-usha sebelum semuanya habis dijual!
1. Sa.Young D’ Eco Botanic, Iskandar Puteri
Lokasi Sa.Young D’ Eco Botanic terletak di Iskandar Puteri, Johor, yang mudah dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar (LPPI), Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Skudai. Ia memudahkan akses ke pusat bandar Johor dan Singapura.
Selain daripada lokasinya yang strategik, Sa.Young D’ Eco Botanic juga berdekatan dengan Eco Boulevard yang menawarkan pelbagai kemudahan asas seperti Starbucks, Watsons, restoran-restoran dan banyak lagi. Dalam Eco Botanic township juga mempunyai Eco Galleria di mana Universiti Southampton Malaysia menjadi salah satu penyewa utamanya. Jaya Grocer juga akan dibuka di Eco Galleria. Bukan itu saje, dekat sini juga terdapat lima universiti dan enam sekolah antarabangsa dengan jarak lima minit memandu sahaja . Walau apa pun tujuan korang membeli, sama ada untuk pelaburan atau untuk tinggal sendiri – ia mudah didapati.
Bayaran bulanan untuk Sa.Young D’ Eco Botanic bermula daripada RM1,810*, dan termasuk hiasan serta perabot seperti pendingin hawa, kabinet berserta hob, dan mesin basuh & pengering.
Klik sini https://ohbulansayoung.wasap.my untuk hubungi wakil jualan Eco Botanic dan info lebih lanjut!
2. Santai D’ Eco Spring, Tebrau
Santai D’ Eco Spring terletak di Tebrau, Johor. Lokasinya strategik kerana ianya berdekatan dengan pelbagai lebuhraya seperti Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dan lebuhraya yang lain. Seni bina bangunan Eco Spring diinspirasikan oleh gaya Eropah, menambahkan keindahan di seluruh township ini.
Dalam perbandaran Eco Spring terdapat Spring Labs, kawasan perniagaan yang menggabungkan pelbagai elemen makanan, minuman, dan hiburan. Korang boleh bawa keluarga ataupun kawan-kawan untuk lepak di sini! Selain itu, terdapat juga Eco Palladium di township ini, kawasan komersial yang menggabungkan perniagaan dan hiburan. Terdapat pelbagai jenis kedai di Eco Palladium seperti kedai pencuci mulut, pelbagai jenis restoran, kedai-kedai kasut dan baju, pusat kecantikan, kolej dan banyak lagi.
Santai D’ Eco Spring mempunyai keluasan unit antara 950 kaki persegi hingga 1,037 kaki persegi*, unit ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi*, serta separa berperabot*, termasuk pendingin hawa, mesin basuh & pengering dan kabinet berserta hob. Bayaran bulanan bermula daripada RM1,745* untuk mendapatkan kehidupan ideal korang!
Klik sini https://bit.ly/DUDUK_SANTAI_OHBULAN untuk hubungi wakil jualan Eco Spring dan info lebih lanjut!
3. Hana D’ Eco Ardence, Setia Alam
Hana D’ Eco Ardence mempunyai lokasi strategik dengan akses ke pelbagai lebuhraya seperti Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Persekutuan, dan Lebuhraya Koridor Guthrie, menjadikan perjalanan ke pelbagai destinasi lebih mudah bagi penduduk.
Selain itu, kemudahan di sekitar Eco Ardence lengkap dengan pendidikan, penjagaan kesihatan, pusat membeli-belah, taman, dan kemudahan lain yang mudah diakses. Dengan ini, penduduk boleh menikmati gaya hidup yang berkualiti tinggi. Eco Ardence juga mempunyai Ardence Labs dan Ardence Crest – kawasan komersial yang terdapat pelbagai jenis restoran serta pemandangan tepi tasik untuk korang sekeluarga relax dan eratkan hubungan.
Hana D’ Eco Ardence juga mempunyai unit 3 bilik tidur, 2 bilik air dengan keluasan unit 900 kaki persegi*. Bayaran bulanan bermula daripada RM1,728* dan unit ini separa berperabot. Lengkap dengan lampu, kipas, pendingin hawa, kabinet berserta hob, mesin basuh & pengering dan juga pemanas air mandi*.
Klik sini https://wa.link/8a12bl untuk hubungi wakil jualan Eco Ardence dan info lebih lanjut!
4. Riang D’ Eco Majestic, Semenyih
Riang D’ Eco Majestic di Semenyih, Selangor merupakan perbandaran yang mempunyai gaya seni bina berkonsepkan British dengan akses yang mudah ke Lebuhraya LEKAS. Di samping itu, kemudahan di sekitar Eco Majestic juga lengkap dengan pelbagai kedai-kedai seperti Starbucks Reserve, Jaya Grocer, MR DIY, farmasi Health Lane, bengkel kereta dan lain-lain yang memudahkan gaya hidup penduduk di Eco Majestic.
Bayaran bulanan untuk Riang D’ Eco Majestic bermula daripada RM1,700*, separa berperabot seperti lampu, kipas, pendingin hawa, kabinet berserta hob, mesin basuh & pengering dan juga pemanas air mandi.
Klik sini https://bit.ly/3yfID51 untuk hubungi wakil jualan Eco Majestic dan info lebih lanjut!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman tinggal di rumah impian khas dicipta oleh duduk by EcoWorld. Klik sini https://bit.ly/duduk2023_OB untuk maklumat lanjut!
*Tertakluk kepada terma dan syarat