Pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa terkilan dengan realiti kehidupan yang ditanggung oleh pelakon terkenal, Allahyarham Ridzuan Hashim.
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Sifatkan Ridzuan Hashim Pelakon Berdisiplin, Sebak Kenang Pelukan Terakhir
Artikel Berkaitan: Ridzuan Hashim Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Dah Sediakan Baju & Tiket Penerbangan, Anak Sedih Ridzuan Hashim Tak Sempat Ke Majlis Pernikahan
Pedih untuk ditelan
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Fazley menyatakan bahawa pencarian rezeki itu tidaklah sehingga membebankan. Tambahnya lagi, dia mempersoalkan jika ianya menjadi suatu konsep pemikiran buat rakan-rakan dalam industri untuk pura-pura sihat demi rezeki yang halal.
Terpaksa rahsiakan penyakit kerana takut hilang job..
Terlalu pedih ayat ini untuk ditelan. Adakah ‘pemberi rezeki’ kini telah menjadi terlalu jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat-sahabat seindustri terpaksa ‘buat-buat sihat’ agar terus mendapat rezeki yang halal?
Ini adalah untuk dihentikan!
Selain itu, Fazley, 45, memohon agar tindakan sama tidak berulang lagi dalam kalangan rakan-rakan lain berada dalam industri yang sama.
Realiti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberi Fazley Yaakob kerana dikatakan dirinya tidak berada di tempat orang yang sakit. Selain itu, terdapat juga segelintir warganet yang memahami dengan tindakan sesetengah pekerja yang merahsiakan penyakitnya demi kelangsungan hidup.
Sumber: Instagram @fazleyyaakob