Sebanyak 100,000 Pizza Hut MELTS telah diedarkan di cawangan Pizza Hut terpilih di seluruh negara pada 15 dan 16 Jun 2023.
Kalau korang nak tahu, Pizza Hut MELTS adalah menu baharu yang diperkenalkan oleh Pizza Hut untuk mempelbagaikan lagi pilihan makanan yang ada terutamanya buat penggemar keju.
Pengunjung excited beratur panjang tebus Pizza Hut MELTS!
Ramai giler yang datang dan sanggup beratur awal pagi untuk menebus Pizza Hut MELTS. Kebanyakan daripada mereka teruja nak cuba menu baharu ini.
Cukup versatile, MELTS dapat dinikmati dimana sahaja kerana ianya menu yang ringkas dan mengenyangkan. Sesuai sangat dengan gaya hidup masyarakat kita yang gemarkan sesuatu yang pantas dan mudah untuk dinikmati selain jimat poket.
Tidak dinafikan Pizza Hut memang ada menyediakan menu personal pan pizza untuk individu berseorangan, tapi kadang-kadang kita nak cuba sesuatu yang baharu, betul tak?
Lagipun, pengalaman makan tengah hari akan menjadi lebih menarik apabila terdapat kepelbagaian dalam pilihan menu yang ditawarkan walaupun makan secara bersendirian.
Ditawarkan dalam 4 perisa iaitu BBQ Chicken, Chicken Mania, Surf’s Up dan Aloha Lover, kesemuanya sedap-sedap belaka. Korang pasti suka.
Gembira dapat jumpa Dolla!
Merupakan duta rasmi Pizza Hut MELTS, kehadiran Dolla telah mengamatkan lagi suasana di Pizza Hut Cyber Valley dan Pizza Hut Pizza Hut IOI City Mall pada 15 Jun 2023 yang lalu.
Rata-rata netizen yang hadir kelihatan gembira dapat beramah mesra bersama Dolla.
Disamping itu, seramai 20 orang individu yang terawal hadir dan beratur untuk menebus MELTS di kedua-dua restoran telah dipilih untuk menjadi pemenang t-shirt edisi terhad geng yang telah ditandatangani oleh Dolla.
Pizza Hut MELTS, menu baru korang wajib cuba!
Tengok video pun dah tahu MELTS merupakan menu baharu wajib cuba di Pizza Hut. Sarat dengan pelbagai topping, rasanya yang crunchy dan cheesy cukup ngam apabila dipadankan dengan air Coca-Cola dan kentang goreng. Memang layan habis!
Tambahan pula, sekarang ada promosi MyBox Melts Combo yang ditawarkan dari harga RM16.90 sahaja.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri menu baharu ini. Confirm korang akan suka especially, buat peminat makan berkeju.
In case korang mahukan letusan rasa yang berlipat kali ganda lebih wow, dipping je MELTS korang ke dalam sos pencicah. Ada 3 perisa iaitu Smoky BBQ, Thousand Island dan Nacho Cheese. Tak cukup satu dibuatnya tau.
Tunggu apa lagi? Buat pesanan korang melalui aplikasi Pizza Hut atau Grab atau foodpanda sekarang untuk menikmati MELTS. Bagi yang tinggal berdekatan dengan restoran Pizza Hut, korang boleh terus buat pembelian disana.
Maklumat lanjut berkaitan Pizza Hut MELTS boleh didapati di https://www.pizzahut.com.my/