Siapa kat sini rajin memasak di rumah? Bukan perempuan je kena masuk dapur, lelaki pun apa salahnya. Memasak ni bagus sebab boleh meningkatkan kemahiran kita. Tak pandai dari awal pun tak apa, yang penting rajin!
Cakap pasal memasak, mesti korang pernah dengar Kawan Food kan? Ramai yang suka guna produk Kawan sebab boleh masak menu simple tapi sedap dengannya. Paling penting, cepat dan mudah disediakan.
Haa.. Kenapa kami cerita pasal Kawan Food pulak ni? Sebenarnya kami ada berita gembira untuk korang!
Kawan Food buat peraduan MerdeKawan, istimewa sempena bulan kemerdekaan!
Seronoknya! Sempena bulan kemerdekaan ni, Kawan Food dengan berbesar hati nak ajak korang sertai peraduan MerdeKawan. Rugi kalau tak join sebab tawaran hadiah sangat menarik. Tak boleh tolak langsung!
Peraduan MerdeKawan dah pun berlangsung hari ni. Tapi peraduan ni akan tamat pada 17 September 2023 tau. Masih sempat join wei!
Antara hadiah yang patut korang rebut, serius lumayan!
Peraduan menarik, hadiah pun mesti la menarik. Meh kita tengok hadiah apa je yang ditawarkan. Korang mesti terkejut punya!
- 1 x Hadiah Utama: 2 tiket penerbangan ke Korea Selatan (bernilai RM6,000)
Peminat K-drama mesti dah lama pasang impian untuk ke Korea. Salah satu destinasi percutian yang popular di kalangan orang Malaysia. Bila lagi nak dapat peluang keemasan untuk ke sana? Ini la masanya guys!
- 2 x Hadiah Kedua: Tefal Easy Fry Oven and Grill FW5018
- 25 x Hadiah Saguhati: Wang tunai RM50 + RM50 Kawan Produk
Korang yang suka memasak mesti tertarik dengan Tefal Easy Fry Oven and Grill FW5018. Mana taknya? Peralatan dapur yang canggih ni dapat buat semua aktiviti memasak dengan mudah. Semua dalam satu!
Hadiah saguhati pun tak kurang hebatnya. Boleh masak guna produk Kawan sepuasnya. Memang berbaloi la!
Cara mudah untuk menyertai peraduan MerdeKawan
Haa.. Dah tengok hadiah yang ditawarkan tu, mesti tak sabar nak tahu cara untuk join kan? Meh kami ajar. Senang je!
CARA-CARA SERTAI PERADUAN MERDEKAWAN
[LANGKAH 1] Beli mana-mana produk Kawan atau KG Pastry.
[LANGKAH 2] Post gambar yang memaparkan produk Kawan.
[LANGKAH 3] Tag dua rakan bersama hashtag #MerdeKawan #KawanFood.
[LANGKAH 4] Like dan follow @kawan_food di Instagram atau Facebook.
[LANGKAH 5] Hantar link post korang melalui DM di Instagram atau Facebook @kawan_food.
Mudah kan? Jangan lupa ajak keluarga dan kawan korang join peraduan ni tau. Mana la tahu rezeki korang pulak kali ni. Dapat pergi Korea, memang gembira tak terkata la!
Korang boleh tengok terma dan syarat peraduan dengan klik di SINI.
Jom memasak dengan Kawan mulai hari ni!
Buat pengetahuan korang, kebanyakan produk Kawan ialah frozen food yang terdiri daripada Paratha, Chapatti, Naan, Roti Chanai, Dhal Kari, Puff Pastry dan Kulit Popiah. Korang boleh gunakan mana-mana produk ni untuk sertai peraduan.
Apabila dimasak dengan produk Kawan, hidangan korang akan jadi rangup dan lembut. Sesuai dijadikan hidangan yang lazat untuk dinikmati seisi keluarga. Serius crunchy. Confirm makan sampai licin!
Berminat untuk mendapatkan produk Kawan Food yang ada? Korang boleh klik SINI je.