Di TikTok, tular potongan video memaparkan pendakwah selebriti, Da’i Syed sewaktu menjadi tetamu dalam sesi podcast bersama penyanyi rap, Caprice.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Syafiq Berbual Dengan ‘Pendamping’ Isteri Azlan Komeng, Terkejut Bila Dengar Punca Sihir Dihantar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Jerit Macam Teruja Nampak Saya’ – Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pemfitnah Ketika Berjalan Bersama Isteri
Mohon maaf
@story2je Replying to @enaejal #athirah #daisyed #mangsadaisyed #podcastdaisyed #reinalum #hana #mangsadaisyed ? Instrumen Sedih – Yuda pratama
Menerusi potongan video tersebut, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, membuat permohonan maaf kepada individu yang pernah mendakwanya membuat jenayah tersebut di mahkamah pada 2020 yang lalu.
Kalau saya ada salah silap pada dia, saya mohon maaflah atas salah silap saya.
Saya juga ingin meminta maaf pada diri saya sendiri, pada isteri saya jika saya ada melakukan perkara yang menyakiti hati dan sebagainya. Jadi sekali lagi, saya mohon maaf daripada lubuk hati saya yang dalam.
Syed yang turut ditemani isteri tercintanya, Hana Ismail turut memaklumkan bahawa dia sudah pun memaafkan semua pihak yang pernah menuduh mahu pun menebarkan fitnah kepadanya sebelum ini.
Kalau nak cerita tentang maafkan, saya dah maafkan (mereka) sejak awal lagi. Saya anggap ini adalah ujian untuk saya.
Allah berikan ujian tersebut kepada saya sebagai ‘cahaya’ dan bagi jalan yang baik pada saya dan mudah-mudah kemaafan ini diterima, Insya-Allah.
Sementara itu, Syed turut menitipkan nasihat kepada individu tersebut untuk menghadapi sebarang ujian yang dihadapinya dengan tenang.
Apa yang boleh saya beritahu pada dia, hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau pun neraka.
Maka jadikan dunia ini sebagai syurga dan bergembira sahaja.
Sekadar info, Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.