Di Indonesia, pasangan suami isteri kehilangan salah seorang anak kembar perempuan mereka selepas tiga hari dilahirkan.
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Saif Sulaiman
Kehilangan anak
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), usahawan kosmetik dikenali sebagai Nadya Shavira disahkan mengandung untuk kali kedua yang merupakan zuriat kembar.
Difahamkan, selepas kandungannya berusia tujuh bulan, Nadya mengalami masalah ketumban pecah dan terpaksa melahirkan bayi pramatang secara czer. Malangnya, salah seorang anak kembar perempuannya gagal diselamatkan selepas tiga hari bertahan di ruangan NICU akibat bacaan jantung yang lemah.
Nadya yang baru sahaja melahirkan dan masih belum sembuh dari kesan czer, terpaksa menguatkan diri untuk hadir ke pengebumian anaknya dengan bantuan kerusi roda.
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, kakak Camelulla Kiera Shayeena terima kasih sudah bertahan 3 hari di NICU untuk berjumpa ibu ayah, kamu cantik sekali anak, jemput ibu ayah di syurga nanti ya.
Adik Camelulli Kiera Shayeena masih berjuang di NICU , doakan dia kuat bertahan.
Sebelum ini, Nadya dan suaminya pernah berkongsi mengenai anak pertamanya yang menghidapi Sindrom Down dan komplikasi jantung. Mengakui bahawa mereka mengambil sedikit masa untuk mengikhlaskan ujian yang diberikan.
Sumber: Instagram