Pelakon Wanna Ali reda apabila niat untuk menamatkan zaman bujang dengan bekas teman lelaki tidak kesampaian.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Akad Nikah 18 Ogos Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Enggan Ulas Lanjut, Sudah Selesai Cara Baik Dengan Mimi Lana
Putus cinta
Ketika ditemui OhBulan!, Wanna berkata dia dan bekas kekasih sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tahun hadapan.
Namun katanya, hubungan mereka terputus di tengah jalan kerana tidak mempunyai persefahaman.
Kami putus dalam pertengahan tahun ini. Puncanya begitulah (tidak sefahaman). Mungkin terlalu awal untuk kita bincang fasal itu.
Cerita penyanyi berumur 26 tahun, dia juga akur dengan permintaan bekas kekasih yang tidak membenarkan dirinya untuk bergiat aktif dalam industri seni selepas bergelar isteri.
Dia (bekas kekasih) pun ada cakap lepas kahwin, tidak mahu saya aktif dalam industri dan saya okay dengan perkara itu.
Kami juga sudah berbincang berkenaan bisnes yang saya akan buat malah dia sendiri nak sediakan benda itu (bisnes). Tapi jodoh tak panjang.
Wanna berkata demikian ketika majlis pelancaran Millefleur X Wanna Ali di Royale Chulan, baru-baru ini.
Kandungan guna organik
Sementara itu, ditanya kenapa dia bersetuju menerima tawaran sebagai duta, pemilik nama Nor Syazwana Mohd. Ali berkata produk itu sangat sesuai dan menunjukkan kesan positif terhadap kulit wajahnya.
Saya sangat hargai. Sebelum saya duta, mereka telah berikan kepada saya produk tersebut. Setelah mencuba, ia memang benar-benar berkesan.
Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut dengan hasil diberikan terutama melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas tetapi kulitnya masih cantik walaupun lelaki.
Sebelum ini saya memang susah hendak percaya produk tempatan namun saya cuba dahulu selama sebulan dan ia ternyata bagus kerana mengandungi organik yang menyebabkan saya bersetuju untuk menjadi duta.
Manakala Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengkaji khasiat aloe vera yang mampu merawat semua jenis kulit serta mempunyai ciri penyembuhan terhadap masalah kulit, ia sekali gus memberi inspirasi kepada Golden Millefleur Trading Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan aloe vera menerusi jenama Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum.
Idea ini terhasil apabila salah seorang ahli keluarga kepada pengasas produk ini mengalami masalah kulit muka. Dia menggunakan aloe vera yang dipotong, kemudian di simpan di dalam peti sejuk dan digunakan untuk mengosok muka setiap hari sehinggalah masalah jerawat berjaya diatasi dan kulit wajah menjadi bersih dan licin.
Jadi timbul idea untuk menjadikan aloe vera sebagai asas utama dalam pembikinan produk serum kecantikan ini. Ditambah pula dengan dua bahan utama iaitu Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate mampu membantu meningkatkan kemulusan kuit dan menjadikannya cerah.