Nama pempengaruh media sosial sensasi iaitu Abang Tesla sekali lagi dikecam netizen selepas memuat naik konten video bersama isteri pertamanya, Nurmajdina di Instagram.
Artikel Berkaitan: ‘Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina Terima Awak Seadanya’ – Abang Tesla Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Isteri Kedua
Artikel Berkaitan:Abang Tesla Akhirnya Dedah Wajah Isteri Kedua, Netizen Kata – ‘Biasa Je, Bini Pertama Lagi Cantik’
Konten sampah
Menerusi sepotong video yang dikongsikan, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam bersama isterinya pergi ke sebuah restauran yang menyediakan makanan popular pantai timur iaitu budu.
Nurmajdina dalam video berkenaan kononnya mengajak Abang Tesla untuk mencuba makanan tersebut meskipun suaminya sudah menyatakan tidak menggemari budu.
Bagaimanapun, apa yang mengundang rasa kurang senang netizen adalah bahasa yang digunakan Abang Tesla untuk memanggil isterinya dengan perkataan ‘kau, aku’.
Biadap
Rata-rata netizen menyelar tindakan pempengaruh berasal dari Johor itu dengan menyifatkan dia bersikap biadap dan tidak menghormati isterinya.
Kata netizen, meskipun ia sekadar konten, Abang Tesla seharusnya bersifat lebih sensitif untuk menjaga hati isterinya itu. Malah, ada juga segelintir yang menyifatkan konten berkenaan sebagai ‘sampah’.
Terdahulu, nama Abang Tesla kecoh menjadi bualan ramai selepas dia mengumumkan bernikah sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah.
Sumber: Instagram