Nur Fazura, Ziana Zain, Nabila Razali dan Uyaina Arshad antara barisan selebriti yang diraikan dalam majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100 MIYE) di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ – Fazura
Artikel Berkaitan: Fazura Nasihati Suri Rumah Kena Buat Simpanan Kewangan Sendiri – ‘Ada Yang Depresi’
900 pencalonan diterima
Menurut Pengerusi penganjuran 100 MIYE, Datuk KK Chua berkata, ia adalah platform untuk mengiktiraf usahawan muda yang telah berusaha gigih, mencatat kejayaan cemerlang, bersemangat dan berinovatif dalam perniagaan yang diusahakan.
Bertemakan ‘Elevate’ untuk 100 MIYE tahun ini, Datuk KK Chua mahu meningkatkan lagi pencapaian dan kejayaan di kalangan usahawan.
Kata Datuk KK Chua, setiap tahun pihak mereka menerima hampir 900 pencalonan tetapi hanya 100 calon dibawa ke peringkat akhir.
Kami meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja, memiliki sikap positif dan aktif melakukan aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR).
Kata mahu meletakkan 100 MIYE pada tahap yang lebih tinggi iaitu dengan menaik taraf pengetahuan, kemahiran dan corak pemikiran usahawan.
Kriteria-kriteria sebagai calon
Dalam pada itu, Datuk KK Chua memberitahu antara kriteria kelayakan pencalonan 100 MIYE adalah calon terbuka lelaki atau wanita yang berumur di bawah 45 tahun.
Katanya lagi, pengasas syarikat yang beroperasi sekurang-kurangnya sudah dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat. Selain itu, perolehan tahunan syarikat pula adalah sebanyak RM3 juta dan ke atas selama tiga tahun berturut-turut.
Datuk KK Chua menjelaskan, pencalonan dibahagikan kepada 15 kategori antaranya dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembuatan.
Bagi membantu usahawan menuju ke arah itu, kami akan mengadakan konvensyen usahawan Bumiputera untuk memberi lebih pendedahan kepada perniagaan mereka.
Kami juga mahu menjadikan mereka komuniti yang saling membantu menerusi rangkaian hubungan (networking) masing-masing dengan bertukar pendapat bagi melahirkan idea baru.
Terdahulu, anugerah ini pernah dimenangi penggiat seni dan selebriti terkenal tanah air antaranya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei, Shila Amzah dan Fattah Amin.
Sepanjang tujuh tahun penganjuran, 100 MIYE telah memberi pengiktirafan kepada 700 usahawan muda yang paling berpengaruh di negara ini.
100 MIYE adalah acara yang disegani yang mengiktiraf pencapaian usahawan muda di Malaysia. Anugerah itu bukan sahaja berfungsi sebagai tanda pengiktirafan tetapi juga menyediakan platform untuk rangkaian, perkongsian pengetahuan dan pemupukan idea baharu.