Wanita hamil kebiasaannya akan mengalami keinginan terhadap sesuatu makanan atau mengidam, termasuk pelakon Datin Intan Najuwa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Nak Muntah Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda – ‘Tak Boleh Nak Abaikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rahsia Kami Akhirnya Terbongkar!’ – Intan Najuwa Dedah Kini Berbadan Dua
Mengidam roti canai
@intannajuwaaa Guys i malas bersiap you cakap boy, i bersiap cakap girl pulaaa ?????? #skintific #mattecushion
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata dia mengidam untuk makan roti canai.
Namun paling menarik perhatian adalah apabila Intan menyatakan hasrat untuk melihat proses roti canai itu disediakan.
Semalam saya teringin nak makan roti canai tapi saya nak tengok ‘aney’ tu buat dan tebar roti depan saya.
Suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman kemudian menunaikan permintaan Intan dan meminta pekerja restoran tersebut untuk menebar roti canai di hadapan mereka.
Kami ke kedai mamak berdekatan dengan rumah. Suami saya minta ‘aney’ itu tebar roti depan saya dan dia kata boleh.
Itulah drama orang mengandung ni kita tak sangka, yang bukan-bukan je.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut berkongsi bahawa dia kini mengalami peningkatan berat badan.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Intan memuat naik foto bersama suaminya iaitu dan jelas kelihatan baby bump di bahagian perutnya, sekaligus mereka memaklumkan tentang kehamilan tersebut.
Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Semenjak mendirikan rumah tangga, Intan kerap menjadi perhatian wargamaya apabila dilihat sering dimanjakan Azraf.
Sumber: TikTok Intan