Adakah korang yakin korang sudah memiliki kewangan yang kukuh untuk masa depan? Mesti masih ada yang was-was dengan status kewangan korang kan?
Apa kata korang ke karnival literasi kewangan terbesar, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam dari 22 hingga 25 Ogos 2024.
Karnival ini dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bertemakan ‘Kukuhkan Hidup Anda di MSAM’ dan pastinya ia acara yang korang kena terjah.
Bukan sekadar karnival biasa
MSAM 2024 bukan sekadar acara tahunan biasa. Ia adalah platform untuk kita belajar, berhibur, dan merancang masa depan kewangan dengan lebih baik.
Daripada aktiviti literasi kewangan hinggalah ke permainan interaktif dan sesi konsultasi, semuanya ada untuk membantu korang.
Kenapa perlu join MSAM 2024? Selain dapat ilmu kewangan yang bermanfaat, korang juga berpeluang untuk kenal dengan pelbagai produk pelaburan yang sesuai dengan kemampuan.
View this post on Instagram
Selain belajar tentang kewangan, korang juga boleh menikmati karnival makanan (Maybank Islamic MAE-Dan Selera), belon udara panas, festival auto dan Konsert Labur Ria dengan persembahan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Aktiviti ini pasti akan menarik minat semua lapisan masyarakat, dari budak sekolah hingga ibu bapa!
Peluang menang hadiah menarik
Di MSAM 2024, ada banyak hadiah menarik bernilai kira-kira RM1 juta untuk korang menangi! Antara hadiah utama yang boleh korang menangi adalah:
- Satu unit apartment servis di Serasi Residences, Putra Heights ditaja oleh Sime Darby Property.
- Kereta BYD Dolphin Standard – Maldive Purple ditaja oleh Sime Darby.
- Perodua Axia 1.0L AV – Coral Blue ditaja oleh Perodua.
- Perodua Ativa 1.0L Turbo AV – Pearl Delima Red ditaja oleh Perodua.
Jom serbu ke karnival kewangan perdana ini!
Difahamkan, kira-kira 50 pempamer juga akan hadir, termasuk syarikat-syarikat Kumpulan PNB dan agensi kerajaan untuk memberi info dan pameran yang menarik. Jadi, jangan ketinggalan!
Sebelum terlupa, karnival ini berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama antara PNB bersama rakan premier iaitu Maybank, SD Guthrie, Sime Darby dan S P Setia.
Manakala rakan utama adalah Sime Darby Property, Perodua dan MNRB Holdings. PNB turut bekerjasama dengan Duopharma Biotech dan Prolintas.
Bukan hanya MSAM, PNB juga ada banyak program lain untuk membantu rakyat memahami kewangan dengan lebih baik seperti Sembang-Sembang ASNB, Kuiz Pelaburan PNB, Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB), Fiesta Labur PNB @ Home dan Ramah Mesra ASNB.
Untuk maklumat lanjut tentang MSAM 2024, layari laman web rasmi MSAM dan follow mereka di Instagram dan Facebook.