Nama Kak Long 7E menjadi panas di media sosial selepas terus terusan dihimpit kontroversi. Terbaru, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin dilihat mengejek golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas Kak Long dijemput menghadiri program Trending di Stesen TV Al Hijrah.
Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka, ‘Kak Long’ Minta Netizen Henti Sebar Video – ‘Maruah Saya Dah Tercalar’
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video ‘Aib’ Kak Long – ‘Kasihan Anaknya, Nanti Nak Pergi Sekolah Malu…’
Artikel Berkaitan: ‘Henti Beri Publisiti, Kak Long Tak Layak Muncul Di Stesen Televisyen’ – Awal Ashaari
Tak nak bagi publisiti
Menerusi Instagram (IG), pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa dengan sikap Kak Long yang tidak belajar daripada kesilapan lalu.
Allah bagi kau badan yang sempurna kau mengejek orang OKU. Takpa kat akhirat OKU yang masuk syurga. Kat sana dia pula ejek-ejek.
Hasil pemerhatian OhBulan!, hantaran yang ditulis itu tidak menyebut nama dan sudah dipadam namun pengikut faham ia ditujukan kepada Kak Long.
Selepas itu, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz berkongsi entri terbaru dengan menyatakan dia tidak ingin memberi publisiti lagi.
Jangan bagi muka
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan keputusan anak kelahiran negara Singapura yang enggan melayan Kak Long yang dahagakan populariti.
@nurhabibah1992: Betul, orang macam ini jangan dilayan, jangan dipeduli biar malu sendiri. Dia nak perhatian, kalau tak dilayan, tak menjadi.
@norhafizakamarulzaman: Jangan nasihat ke kesian. Orang macam ini bagusnya dikecam netizen teruk selama-lamanya. Tunggu la balasan menghina OKU.
@ftnztiey__: Makin menjadi-jadi dia tu. Lepastu minta maaf siap sumpah dengan nama Allah lagi.
@alifzunisa: Kalau sesiapa yang tinggal sekampung dengan dia tau la. Memang anak beranak dia, mak dia suka cari pasal. Habis orang nak gaduh.
Pelakon filem KL Gangster turut ditanya sama ada dia sudah ‘u-turn’ selepas mempertahankan Kak Long dengan memohon orang ramai agar tidak menyebarkan video amukan.
Balas pelakon yang terkenal dengan watak Malek, sebagai seorang ayah dia hanya bersimpati dengan nasib anak yang menjadi mangsa keadaan.
Bukan u-turn tapi sebagai seorang ayah saya kesian anak-anak ja. Anak-anak tak berdosa.
Pada Isnin, viral video Kak Long melakonkan gaya tempang dan herot. Tindakan itu telah membuatkan warganet marah dan difahamkan ada golongan OKU yang sudah membuat laporan polis kerana rasa terhina.
Sebelum ini, Kak Long pernah mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja. Bagaimanapun, permohonan maaf sudah dibuat dan dia akui menyesal kerana sudah bertindak keterlaluan.
Sumber: Instagram @aarondwiaziz