Pelakon Ahirine Ahirudin mendedahkan dia sering dihendap dan diganggu oleh seorang lelaki yang dikenali sehingga takut untuk berada di tempat awam mahupun muncul di media sosial.
Artikel Berkaitan: Ahirine Ahirudin Terkilan Nama Dipetik Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Farid & Diana – ‘Imej Saya Jatuh’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid’ – Ahirine Ahiruddin
Tiga tahun diganggu
Menurut aktres meningkat naik ini, dia sama sekali tidak menyangka bahawa kenalannya itu sanggup bertindak melampaui batas.
Saya kenal dan dia adalah kawan, saya tak sangka dia macam itu.
Saya tahu niatnya mungkin baik tetapi mestilah ada batas, mungkin dia ingat kami rapat tetapi tidak dia hanya kenalan saya sahaja.
Susulan itu, pelakon filem Gadis Jolobu ini pernah berniat untuk melaporkan lelaki tersebut kepada pihak polis setelah tiga tahun diganggu oleh individu yang sama.
Saya hampir nak buat laporan polis sebab dia membahayakan keselamatan saya. Tetapi tak jadi sebab kami berbincang cara baik untuk selesaikan hal ini.
Sudah tiga tahun dia mengganggu saya tetapi tindakannya makin menakutkan semenjak sebulan lalu.
Ahirine berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis pra tonton filem Tebus di The Starling, Petaling Jaya pada Rabu.
Bagaimanapun, aktres berusia 27 tahun ini mengakui dirinya masih berdepan dengan perasaan takut terutama ketika keluar bersendirian.
Saya rasa Muay Thai saya tak cukup untuk lindungi saya daripada perkara sebegini.
Saya tak sekat dia sebab dia akan buat juga akaun baru. Kadangkala saya muat naik hantaran bukanlah ditujukan kepada dia tetapi dia fikirkan hantaran itu adalah untuknya. Saya nak buat hantaran pun takut, risau dia salah faham.
Apabila jadi perkara ini, saya rasa macam ada mata-mata yang memerhati dan nak keluar sendiri pun takut.
Untuk info, Ahirine merupakan heroin bagi filem Tebus yang turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Idan Aedan, Azhan Rani dan diarahkan oleh Jason Chong. Filem ini ditayangkan menerusi platform Prime Amazon bermula semalam.