berita

Aina Abdul Juara, Netizen ‘Mogok’ Tak Puas Hati Markah Juri Awam Immortal Songs?

September 28th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Immortal Songs pada episod kelima ini telah menampilkan penyanyi terkenal iaitu Datuk Khatijah Ibrahim sebagai karyawan muzik lagenda. Pada kali ini, penyanyi-penyanyi BBNU seperti Muna Shahirah, Ariff Bahran, Irfan Haris, Aina Abdul, Daniesh Suffian dan De Fam telah menyahut cabaran dalam mengubah semula genre muzik lagu asal Datuk Khatijah Ibrahim mengikut kreativiti masing-masing.

Artikel Berkaitan: Bila Geng ‘BBNU’ Nyanyi Lagu Datuk Khadijah Ibrahim Versi Sendiri, Memang ‘Tangkap Leleh’!

Pada minggu ini juga, kita dapat menyaksikan persembahan yang sarat dengan emosi dendangan Aina Abdul telah menambat hati juri sekaligus berjaya dinobatkan sebagai juara. Wah, tahniah!

Aina Abdul juara episod 5

Dalam episod kelima minggu ini, pentas Immortal Songs dibuka dengan persembahan daripada Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu ‘Tangisan Hati Yang Derita’ sehingga berjaya merangkul susunan lagu terbaik dan membawa pulang wang berjumlah RM10,000. Kreativiti dan penghayatan Aina Abdul mendendangkan lagu ini memang penuh dengan emosi sampai Datuk Khatijah Ibrahim pun sebak tau!

Seperti yang saya katakan, saya peminat Aina. Alhamdulillah, awak telah menyanyi dengan cara yang saya teringin-inginkan. Ini yang ibu harap-harapkan. Mantap betul. Kita semua mengetahui bahawa awak seorang penyanyi yang hebat. Pengubahsuaian awak baik dalam lagu ini. Tahniah kepada semua ahli-ahli muzik. Itu satu susunan yang bagus. Saya suka susunan ini.

Menurut Datuk Khatijah Ibrahim, Aina Abdul dan ahli-ahli muzik telah membuat pengubahsuaian lagu tersebut dengan cukup baik dan mantap. Bukan itu sahaja, dengar kata penyanyi lagenda tanah air kita ni nak ‘bertanding’ dengan Aina Abdul mendendangkan lagu ‘Tangisan Hati Yang Derita’. Bukan main hebat lagi penangan Aina Abdul!

Kedudukan markah penyanyi BBNU

Kedudukan markah bagi episod kelima ini memperlihatkan Aina Abdul merangkul di tangga pertama dengan meraih sebanyak 741 markah secara tidak langsung telah meninggalkan penyanyi-penyanyi yang lain. Kemudian tempat kedua diikuti oleh Muna Shahirah sebanyak 728 markah dengan lagu ‘Ku Gembira Di Sampingmu’. Seterusnya, Ariff Bahran yang mendendangkan lagu ‘Ku Pendam Sebuah Luka’ mendapat 698 markah.

Kemudian di tangga keempat dan kelima ialah De Fam dan Daniesh Suffian yang masing-masing telah membawakan lagu ‘Doa Buat Kekasih’ dan ‘Janjimu’. Akhir sekali, Irfan Haris telah memperoleh sebanyak 608 markah dengan mempertaruhkan lagu ‘Ku Sangka Siang Kiranya Malam’.

Episod penuh Datuk Khatijah Ibrahim

Walaupun mendapat pujian daripada penyanyi lagenda tanah air, Datuk Khatijah Ibrahim tetapi kemenangan Aina Abdul telah mendapat kritikan daripada netizen. Ramai yang kata Aina tak layak dinobatkan sebagai susunan lagu terbaik. Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat persembahan daripada penyanyi-penyanyi BBNU yang lain seperti De Fam, Daniesh Suffian, Irfan Haris, Muna Shahirah dan Ariff Bahran lebih memukau dan layak diangkat sebagai juara.

Tetapi keputusan sudah pun dibuat jadi kalau korang nak artis kesayangan korang menang, jangan lupa hantar undian persembahan kegemaran melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs di antara waktu 9.00 hingga 10.30 malam sahaja ketika episod Immortal Songs tengah bersiaran. Kepada semua penonton korang boleh saksikan Immortal Songs menerusi saluran TV3, Live HD di Tonton dan menerusi platform Youtube TV3 Malaysia setiap hari Ahad jam 9 malam.

SumberL: Youtube TV3 Malaysia

SKIP THIS AD ×