Di Instagram, pelakon Shakilla Khoriri, memberitahu anaknya Ameena telah dimasukkan ke hospital berikutan influenza A.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Nafi ‘Mandrem’ Suami Orang – ‘Ingat Aku Jahil Sangat, Tak Ada Agama’
Artikel Berkaitan: ‘Ingat Aku Ni Apa…Dajjal Ke Jahat Sangat’ – Shakilla Khoriri Nafi Paksa Suami Orang Cerai Isteri
Artikel Berkaitan: ‘Isu Gambar Mesra Saya Minta Maaf…Itu Memang Khilaf Saya’ – Shakilla Khoriri
Disahkan positif influenza A
Allahuakbar. Alhamdulillah.Ya Allah. Tak ada daya kami untuk mengelak takdir Allah buat kami. Allah sebaik-baik perancang.
Menurut Shakilla, suhu badan Ameena terlalu tinggi sejak hari Rabu yang lalu. Berikutan daripada itu, dia telah membawa Ameena untuk berjumpa dengan doktor. Ujar doktor, Ameena positif influenza A dan perlu dikuarantin di rumah kerana di hospital kebanyakan katil sudah penuh.
Bukan tak boleh monitor keadaan Ameena dekat rumah tapi adakalanya Umi sendiri lelah dan tak terdaya untuk nak mengawal dan jaga dua kesihatan di dalam keadaan Umi tak pun berapa baik. Syukur dalam ujian dan dugaan setiasa Allah datangkan orang-orang yang baik untuk membantu dan permudahkan urusan Umi.
Ameena sekarang dalam tangan dan pantauan yang baik oleh orang-orang yang baik untuk sama-sama bantu Ameena fight sakit yang Ameena rasa.
Umi minta maaf sebab gagal protect Ameena dari sakit yang datang menyinggah. Tapi disetiap sulit yang Allah takdirkan, Allah bagi kita rezeki untuk berehat di tempat yang selesa untuk Ameena.
Di akhir posting, Shakilla berharap anaknya kuat dan segera sihat.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Shakilla Khoriri