Penyanyi, Ariff Bahran mendedahkan dirinya kehilangan berat badan sebanyak 9 kilogram (KG) sejak menyertai program realiti Famili Duo 3 (FD3).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Famili Duo 3: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Dapat Markah Perfect 10! Mas Idayu Siap Ajak Duet
Nak dapatkan stamina
Ketika ditemui OhBulan!, Ariff atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari berkata, penurunan berat badan berlaku adalah disebabkan inisiatif dirinya sendiri bagi membantu mendapatkan stamina sepanjang menyertai FD3.
Pada asalnya saya turunkan berat badan sebab Haqiem paksa (berseloroh). Eh taklah gurau-gurau.
Sebenarnya saya rasa perlunya untuk saya kurangkan berat badan untuk saya dapatkan stamina buat persembahan secara langsung di atas pentas.
Kalau tak nanti mengah sebab kita tahu kita kena menari, berlakon dan benda-benda memerlukan saya mempunyai tahap fitness yang tinggi.
Ariff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas tamat konsert minggu keenam FD3 di Stadium NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ tersebut menafikan dirinya ‘koyak’ dengan komen netizen mengenai fizikalnya.
Eh tak koyak dengan komen tapi ia adalah inspirasi diri saya sendiri untuk kurus, ‘Eh ni tak boleh ni, kena kurus ni’.
Tapi sebenarnya kecaman itu adalah kata semangat untuk saya juga, sikitlah.
Sekadar info, Ariff dan Haqiem ketika ini sedang bertanding dalam program Famili Dua 3 (FD3) bersama Shila Amzah dan Syahir, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Tom dan Fuad Rahman serta Sharif dan Syaiful Zero.
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.
Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.