Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke mahkamah selepas didapati bersalah kerana merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap empat anak perempuannya.
Artikel Berkaitan: Wanita Dirogol Dua Remaja Bergilir-Gilir, Mulut Ditutup Apabila Merayu Jangan Dirakam
Artikel Berkaitan: Guru Disyaki Rogol Pelajar Tingkatan Empat Di Rumah
Bapa rogol 3 anak
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Channel News Asia, tertuduh yang berusia 45 tahun itu dituduh merogol anak pertamanya, kedua dan ketiga selain melakukan penderaan seksual terhadap anak keempatnya.
Difahamkan, tertuduh sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara selama 33 tahun dan dua bulan namun disebabkan kesalahan melakukan penderaan seksual, Mahkamah Tinggi di Singapura menambah hukuman penjara selama 10 bulan lagi memandangkan tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman sebat kerana mempunyai masalah kesihatan.
Terlepas hukuman sebat
Sekadar gambar hiasan
Bapa kepada enam orang anak itu mengaku merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap empat anak perempuannya antara tahun 2004 dan 2018. Lebih meruntun hati apabila mengetahui, anak sulung mangsa didera sejak berusia enam tahun selain dijadikan hamba seks.
Menurut sumber, kesan daripada perbuatan tersebut, keempat-empat mangsa mengalami trauma yang teruk sehingga ada yang menyalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku.
Difahamkan, tertuduh sebelum ini pernah membuat rayuan supaya hukuman penjara dipendekkan namun rayuan tersebut ditolak pada September 2022.
Sumber: Channel News Asia