berita

Bapa Sanggup Bunuh Anak Demi ‘Puaskan Hati’ Isteri Kedua

July 5th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang suami sanggup bertindak di luar kawalan apabila dia dipercayai membunuh anak perempuannya yang baru sahaja berusia 15 tahun demi ‘memuaskan hati’ isteri keduanya. Kejadian tersebut berlaku di Qena, Mesir.

Artikel Berkaitan: ‘Kau Jahat! Kau Bunuh Anak Aku’ – 2 Beradik Ditikam 30 Kali Oleh Pengasuh, Ibu Mengamuk Di Mahkamah

Artikel Berkaitan: Ibu Bunuh Anak 4 Tahun, Simpan Mayat Dalam Bonet Selama 5 Hari Sebelum Paksa Anak Lain Tanam Mangsa

Ditahan pihak polis

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Gulf News, lelaki berkenaan sudah pun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja. Menurut pihak polis, lelaki berkenaan didakwa membunuh anak perempuannya dengan memukul menggunakan batang kayu yang dilekat dengan paku. Difahamkan, motif kejadian adalah disebabkan mangsa sering ‘bertengkar’ dengan ibu tirinya.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila menerusi siasatan awal pihak polis turut mendapati pembunuhan tersebut dibantu oleh isteri keduanya.

Isteri sempat tolong suami

Sekadar gambar hiasan

Wanita itu juga dipercayai membersihkan darah dan turut membantu suaminya untuk mengebumikan mayat anak mereka di satu lokasi yang tidak didedahkan. Tidak berakhir di situ, wanita ini sempat membuat laporan polis akan kehilangan anak tirinya sebelum polis mengesyaki sesuatu telah berlaku.

Susulan daripada itu, mereka akhirnya mengaku menjadi dalang utama pembunuhan gadis itu dan menjelaskan anaknya sering memaksanya menceraikan isteri keduanya.

Sumber: Gulf News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×