Fenomena Bunga Citra Lestari amat luar biasa apabila dihadiri ribuan penonton pada malam konsert BCL Blossom Intimate.
Gelak tawa dalam sesi penceritaan yang disampaikan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu akhirnya kecundang apabila dirinya tidak dapat menahan sebak semasa nendendangkan salah satu daripada senarai lagu yang dibawanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Terharu BCL ‘Perform’ Lagu Dengan Noah Di Konsert, Netizen Cakap ‘Mesti Daddy Awak Bangga’
Artikel Berkaitan: ‘Ashraf Akan Sentiasa Di Hati’ – BCL Tak ‘Desperate’ Cari Suami Baru
Artikel Berkaitan: Lapan Bulan Berkurung, BCL Perlu Kekuatan Untuk Pulang Ke Malaysia – ‘Bukan Senang Ke Tempat Yang Banyak Memori’
12 Tahun Terindah
Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dikenali sebagai BCL, tidak lagi mampu menahan sebak di dada apabila dia menyampaikan lagu ’12 Tahun Terindah’.
Momen itu bertukar pilu apabila persembahan tersebut disertakan dengan beberapa keping foto bersama Allahyarham Ashraf Sinclair dan mencetus hiba kepada para penonton yang hadir.
Lagu ini bukan untuk meratapi tetapi untuk merayakan kegembiraan yang Allah SWT beri selama 12 tahun terindah.
Malam ini, saya ingin berkongsi rasa indah dengan anda semua sepanjang 12 tahun kehidupan bersama Ashraf.
Sementara itu, kelihatan sekuntum bunga ros berwarna putih yang ditinggalkan di satu kerusi kosong yang ditempatkan di sebelah ayah kepada Allahyarham Ashraf Sinclair sebagai tanda mengingatinya.
Penampilan istimewa
Dalam pada itu, BCL mempersembahkan ‘Dance Tonight’ sebagai lagu penutup konsert pada malam tersebut dengan penampilan istimewa dari anaknya, Noah Sinclair.
Persembahan itu mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir dengan kelicikan dan keberanian Noah di atas pentas yang muncul sebagai ‘rapper’.
Selain daripada itu, penampilan Ariel Noah melalui rakaman video untuk lagu ‘Menghapus Jejakmu’ turut memberi kejutan dan kepuasan kepada para penonton walaupun penyanyi itu tidak dapat hadir sertai konsert di Malaysia secara fizikal.
Konsert BCL Blossom Intimate itu berdurasi selama dua jam dan mempersembahakan lebih daripada 20 buah lagu hits BCL. Dengan bersaksikan ribuan penonton, BCL mengukir kenangan indah apabila konsert itu dihadiri oleh keluarga Ashraf termasuk ibu dan bapanya serta adik perempuan Allahyarham.
Turut hadir di konsert adalah Tengku Permaisuri Selangor, Anuar Zain, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Ella, Hanis Zalikha dan Puteri Aishah.
BCL Blossom Intimate Concert yang dibawakan oleh Icon Entertainment berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dihadiri oleh sekitar 2,800 para penonton.