berita

Bengang Kena Marah, 4 Pelajar Sepakat Tembak Cikgu Ketika Pulang Dari Sekolah

March 8th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Anaedo Online

Seorang pelajar di India bersama tiga lagi rakannya ditahan kerana menembak gurunya yang didapati memarahi pelajar tersebut kerana berkelakuan buruk terhadap pelajar lain di kelas.

Artikel berkaitan: Pelajar SPM Conteng Baju Sekolah Dengan Kata-Kata Kesat Terhadap Guru

Artikel berkaitan: Cikgu Dah Siap Beli Sarapan Untuk Pelajar, Sekali Tengok Seorang Je Datang Kelas, Kecewa Betul!

Artikel berkaitan: ‘Kurang Ajar! Aku Test BM Kau Belum Tentu Lepas Dik’ – Cikgu Zack Kirana

Bengang angkara dimarahi guru

Foto: HYPE & STUFF

Menurut laporan daripada Superintendan Polis, Iraj Raja berkata bahawa kejadian ini terjadi kerana pelajar tersebut telah dinasihati oleh gurunya kerana pelajar tersebut didapati berkelakuan buruk terhadap pelajar lain di kelas tersebut.

Tragedi kejam itu berlaku berhampiran sekolah swasta yang terletak di Saraswati Vihar sekitar jam 1.30 tengah hari pada sabtu lepas. Guru tersebut yang dikenali sebagai Sachin Tyagi yang merupakan seorang guru perdagangan di sekolah tersebut ditembak semasa pulang dari sekolah.

Pelajar tersebut yang berdendam terhadap Sachin Tyagi mula merancang untuk membalas dendam. Pelajar tersebut merasa terhina oleh teguran gurunya. Dia lalu mengajak tiga temannya untuk menembak Tyagi kerana menganggap bahawa ianya satu penghinaan.

Pelajar tersebut bersama tiga rakannya didapati menunggu sehingga Tyagi pulang dari sekolah dan menembak Tyagi semasa beliau sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, Tyagi berjaya melepaskan diri namun beliau mengalami luka-luka akibat penembakan yang terjadi. Superintendan Polis, Iraj Raja berkata bahawa keempat-empat pelajar tersebut telah dikenal pasti melalui bantuan kamera CCTV yang dipasang di kawasan berhampiran

Pihak Polis telah memanggil ahli keluarga kepada pelajar tersebut untuk siasatan lanjut. Selain itu, telefon bimbit pelajar tersebut juga telah disita untuk siasatan lebih lanjut.

Sumber: Timesnownews.com

SKIP THIS AD ×