Pelakon, Chacha Maembong berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama adik beradiknya pagi tadi.
Artikel Berkaitan: Difitnah Terlibat Isu Macau Scam & Pelacuran, Chacha Maembong Buat Laporan Polis
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Dapat RM40k Satu Malam, Buat Apa Berlakon Lagi?’
Artikel Berkaitan: Hasil Titik Peluh Sendiri, Chacha Maembong Nafi Dakwaan Terlibat ‘Gang Macau’
Semoga dipermudahkan urusan
Menerusi hantarannya di Instagram, Chacha kelihatan berpakaian lengkap berjubah berwarna putih dan mengenakan niqab. Dipercayai, pemergiaannya itu ditemani oleh kakaknya, Shikin Maembong dan abangnya, Ahmad Maembong.
Chacha atau nama penuhnya Siti Aisyah Ismail memuat naik gambarnya berserta kapsyen memohon doa agar dipermudahkan segala urusan di sana.
Bismillah doakan segala urusan kami dipermudahkan.
Netizen mendoakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan pemergian pelakon berusia 27 tahun itu ke Tanah Suci dipermudahkan serta terus beristiqamah dalam menutup aurat.
Sumber: Instagram @chacha_maembong