Desas desus tentang pernikahan yang bakal berlangsung antara pelakon Hafidz Roshdi bersama Athira Yuhada telah mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Nikah 16 Disember?
Artikel Berkaitan: ‘Nak Harapkan RM100 Duit Hafidz Bagi Pun Culas Tiap Bulan’ – Nurul Shuhada
Artikel Berkaitan: VIDEO] Hafidz Roshdi Alami Bipolar, Terima Rawatan Sejak Tiga Tahun Lalu
Kecaman netizen
Menerusi tinjauan di Instagram (IG) OhBulan! mendapati rata-rata warganet mengecam Hafidz dan Athira serta menyoal tentang status kesihatan mental pelakon itu.
Kalau ada masalah mental mana boleh kahwin? Pelik lah, kan syarat-syarat nikah mestilah sempurna akal atau waras. Maaf kalau silap….betulkan saya
Nak kahwin baru tiba-tiba waras. Bab nafkah anak, pukul isteri auto jadi blur, tak waras. Bila wartawan tanya apa-apa soalan tiba-tiba baca skrip.
Dalam pada itu, warganet juga menzahirkan rasa bimbang terhadap Athira kerana Hafidz sebelum ini didakwa culas memberi nafkah kepada anak selain kes mahkamah yang masih berjalan.
Ada duit ke dia nak kahwin? Nafkah anak pun seratus sebulan untuk dua orang anak. Hai la perempuan, kau menanggung biawak hidup nanti. Tak ada masalah cari masalah.
Dia dah ada kes pukul bini, masih nak kahwin dengan dia ke? Berani.
Terdahulu, tular undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira yang didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember ini.
Hafidz sebelum ini memaklumkan bahawa dia ada mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan mental yang dialaminya iaitu Bipolar.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Sumber: IG OhBulan!