berita

Disoal Netizen Ambil Vaksin Atau Tidak, Suhaimi Saad: ‘Kami Pilih Cara Lain, Mungkin Pemakanan Sunnah’

September 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menjawab persoalan yang diajukan oleh netizen mengenai pengambilan vaksin.

Artikel Berkaitan: Kerap Kongsi Tentang Vaksin, IG Suhaimi Saad Kena Sekat 30 Hari – ‘Ada Aku Kesah!’

Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid, Minta Netizen Henti Panggil ‘Ustaz’ Panggil Mie Je!

Artikel Berkaitan: ‘Cikgu Bukan Orang Bodoh Macam..’ – Suhaimi Saad Puji 779 Guru Tolak Vaksin Di Johor

Penjelasan Suhaimi kepada warganet

Ujar pemilik nama Mohd Suhaimi bin Saad, dia dan isterinya memilih alternatif yang lain sebagai ‘pelindung diri’ daripada terkena jangkitan Covid-19 termasuklah mengamalkan pemakanan sunah, homopati dan melakukan rawatan-rawatan yang lain.

Sebenarnya soalan ini agak kelakar, sebab boleh dikatakan satu malaya dah tahu kan. SS ini dilabelkan sebagai anti vaksin walaupun sebenarnya kitaorang tak anti pun. Cuma kitaorang tidak memilih cara atau ikhtiar itu kitaorang pilih cara lain mungkin pemakanan sunah homopati dan rawatan-rawatan alternatif yang lain.

Mengulas lebih lanjut, suami kepada Ina Naim turut menjelaskan setakat ini mereka masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan tidak mempunyai niat untuk mendapatkannya.

So setakat ini, belum lagi InsyaAllah tak ada niat untuk ambil vaksin. Wallahualam semunya kita serahkan kepada Allah S.W.T. kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar mudah-mudahan Allah telah tetapkan satu ketetapan ataupun takdir yang terbaik untuk kita sama ada ambil vaksin ataupun tak ambil vaksin.

Terdahulu, Suhaimi Saad menceritakan akaun Instagramnya (IG) telah disekat selama 30 hari berikutan aktif berkongsi mengenai isu vaksin dan kerajaan.

Video penuh:

@mosusofficialReply to @leecooper36 ##ambil ##vaksin tak?? original sound – Suhaimi Saad

Jawapan SS

Sumber: Suhaimi Saad

SKIP THIS AD ×