Pelakon dan pengacara Amelia Henderson yang pernah mencuba nasib di Hollywood akui tidak mudah untuk cari makan di negara orang.
Artikel Berkaitan: ‘Ingat Lawa Sangat Ke’ – Netizen ‘Koyak’ Amelia Henderson Tak Balas DM
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Rasa Tak Sesuai, Jangan Tengok’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berdarah Campur, Tak Ambil Ubat Untuk Ketiak Cerah’ – Amelia Henderson
‘Saya ini bukanlah mat salih sangat…’
Ketika ditemui OhBulan!, Amelia, 27, menyatakan bahawa rupa campurannya dan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih bukan tiket untuk diterima dengan mudah di negara orang.
Tambah Amelia, selama dua tahun di Los Angeles, California, Amerika Syarikat ianya merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Namun begitu, dia lebih memilih untuk menjual ‘bakat’ di negara sendiri.
Saya pernah pack my bag and leave (cuba nasib di negara lain) di Los Angeles, California, Amerika Syarikat selama dua tahun.
Bukan nak cakap di sana tak seronok. Seronok saja tapi saya lahir di Malaysia dan asal dari negara ini.
Bila sampai sana saya baru sedar betapa ‘Malaysianya’ saya. Masa di sana, saya sedar saya ini bukanlah mat salih sangat, saya orang Malaysia dan Asia. Jadi, saya pulang ke Malaysia.
Amelia berkata demikian ketika tayangan perdana filem Didi & Friends The Movie di GSC Starling Mall, pada Rabu.
Lebih dihargai di negara sendiri
Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson menyatakan, untuk menjual ‘bakatnya’ di tempat orang sangat sukar kerana perlu ‘berlawan’ dengan persaingan yang sudah ada di pasaran.
Untuk seseorang yang macam saya bila pergi AS, dah la muka saya serupa macam orang sana. Saya cakap pun macam mereka.
Jadi, tiada perbezaan saya dan orang lokal di sana. Tambah lagi, saya tiada dokumentasi untuk menyenangkan kerja di sana. Saya tiada pasport AS, sebab pasport saya Malaysia.
Dalam pada itu, pelakon drama Kisah Cinta Kita tidak menolak rezeki untuk melebar sayap di negara luar namun bukan berhijrah buat selamanya.
Bukan nak cakap kalau tiada rezeki saya tak nak cuba nasib, tapi saya tidak akan pergi dan tinggalkan negara saya dengan sepenuhnya. Sebab, di sinilah lahir minat saya terhadap bidang lakonan.
Kalau pergi sana pun, saya akan sentiasa cari di mana nasi lemak. Kita fokus sahaja apa yang kita boleh dan mampu buat, senang cerita.