Duo adik beradik, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi menggamatkan pentas minggu ketiga Famili Duo 3 (FD3) dengan persembahan ‘luar kotak’ sehingga berjaya memperoleh markah tertinggi daripada pihak juri.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Ajak Tapi Suami Datang Nak Tengok Anak..’ – Adira Jelas Kehadiran Datuk Red Ke Famili Duo
Artikel Berkaitan: Mummy Tak Rasa Awak Bagus Langsung’ – Bawa Isu Jiran Gaduh, Adira & Emma Suhaimi Raih Markah Tinggi
Bawa konsep gila-gila
Menerusi temu bual oleh sebuah portal hiburan, Adira dan Emma menerangkan tentang konsep yang mereka bawakan ketika menyampaikan lagu medley Tiada Tangis Lagi (Ella) dan Hukum Karma (Wings).
Pada konsert ketiga kami baru betul-betul faham apa itu konsep, mungkin pada minggu pertama dan kedua kami cuba ‘catch up’ apa sahaja kritikan yang kami dapat untuk faham apa lagi Famili Duo mahukan.
Menurut Emma, dia memberi pendapat kepada adiknya untuk membawa watak diri sendiri ketika di atas pentas seperti mana yang sering ditonjolkan di media sosial kerana karater Adira itu sering mendapat perhatian warganet.
Kami bercadang untuk bawa apa yang ada di TikTok ke pentas, kerana saya rasa ‘point of view’ begitu senang untuk orang faham, memang realiti kehidupan.
Saya cakap pada Adira, ‘kau ni pencipta kandungan, apa kata kita bawa perangai gila-gila kau atas pentas’. Terus terkeluar idea.
Kami jadi diri sendiri, kena kecam pun tak mengapa yang penting kami menggunakan konsep yang betul.
Mahu tonjol bakat Emma
Dalam pada itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata Famili Duo adalah satu platform yang baik untuk menonjolkan bakat Emma dalam bidang nyanyian.
Adira rasa platform Famili Duo ini besar jadi sayang kalau tak ketengahkan Emma. Dia selalu buat persembahan dekat Sabah.
Ketika disoal tentang kritikan juri yang ‘pedas’ dan pemarkahan yang sangat tegas, adik beradik kelahiran Sabah ini mengakui mereka sangat gementar namun tetap mahu lakukan yang terbaik setiap minggu.
Semasa sesi raptai, kami tak boleh masukkan elemen kejutan, tapi bila hari persembahan kami tambah tenaga lagi lah. Adira punya gementar tu sampai beberapa kali patah balik ke bilik air tau.
Setiap kali buat persembahan di pentas, kami tidak terganggu dengan orang lain tetapi risau dengan juri sahaja. Tapi kalau kami tidak dikritik, kami tak akan boleh buat yang terbaik seperti di minggu ketiga yang lalu. Komen-komen juri sangat membantu dan membuka minda.
FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.
Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.
Sumber: F8Buzz