Bekas isteri penyanyi dan pelakon veteran, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman menepis dakwaan bekas suaminya yang menyatakan bahawa dia tidak bersetuju untuk dimadukan.
Dakwaan tersebut dibuat menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram penyanyi itu baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Anak ND Lala Luah Rasa Sedih Kemelut Perceraian Ibu Bapa – ‘Kami Pernah Bahagia Sebagai Sebuah Keluarga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ND Lala Didakwa Macam ‘Pak Turut’, Rakam Pengakuan Maaf Anak Dituduh Curi Kereta Isteri Muda
Bersetuju untuk poligami
Memetik laporan Harian Metro, Fauziah berkata dia telah bersetuju untuk poligami namun hasrat tersebut tidak diketahui oleh ND Lala malah sebaliknya disampaikan hanya kepada rakan-rakan selebriti iaitu Roslan Madun dan Zaidi Omar.
Saya cakap saya dah reda sebab dah macam-macam cara saya buat untuk berjumpa dengannya, tetapi semuanya memang tak dilayan menerusi WhatsApp dan mesej pesanan ringkas.
Saya dah sedar. Mungkin ini takdir saya dan sudah menerima untuk poligami. Mereka menangis dengar kata-kata saya, tapi di pihak abang ND tak boleh terima.
Fauziah juga telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga namun dia berasa kecewa kerana bekas suaminya itu tidak melakukan hal yang sama.
Saya hanya letakkan syarat tak nak ambil tahu langsung mengenai wanita itu (Siti Munirah). Tapi ia hanya berlaku di sebelah pihak saya tanpa ada respon daripada abang ND.
Dia memang makin menjauh dari saya dan saya rasa cukup-cukuplah. Dia pun dah tinggalkan saya setahun lebih dan duit nafkah pun tak beri.
Bagaimanapun, wanita berusia 55 tahun tersebut reda menerima takdir dan ujian yang melanda perkahwinannya.
Dalam masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada para pengikutnya yang sentiasa menyokong walau dalam apa keadaan sekalipun.
Ramai lagi yang nasihatkan saya dan itu yang buat saya terbuka hati untuk bermadu. Saya pun ada cakap dengan seorang ustaz dan dia terkejut dengan tindakan saya.
Saya kata padanya, saya tak nak kehilangan abang ND kerana dah lebih setahun dia tak balik. Saya dah sampai peringkat dah rindu dia dan dapat dengar suara pun jadilah.
Saya bersetuju wanita itu dianggap ‘penyondol’ dalam rumah tangga saya. Bagi saya sesuai ayat itu digunakan. Tapi saya tak salahkan dia seorang kerana kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama perangai.
Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada pengikut-pengikut di Instragram, Facebook dan TikTok yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat pada saya selama ini.
Terdahulu, ND Lala tampil menjawab segala spekulasi dan kontroversi yang timbul melibatkan dirinya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman.
Dalam beberapa siri hantaran video yang dimuat naik di Instagram, ND Lala menjelaskan mengenai isu perceraiannya, isu membabitkan impak jenayah, ghibah dan fitnah.
Untuk info, Fauziah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya menerusi lafaz cerai yang dilakukan penyanyi itu pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Sumber: Harian Metro