Penyampai radio, Feeya Iskandar mengakui suasana sambutan hari raya tahun ini berbeza selepas kehilangan arwah ibu mentuanya pada 31 Mac lalu.
Artikel Berkaitan: Feeya Iskandar Sebak Kehilangan Ibu Mentua – ‘Sepanjang Jadi Menantu Saya Tak Pernah Berbalah Dengan Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akui Kesilapan Saya Tetapi Bukan Sengaja Nak Tinggalkan Anak’ – Cik Piah
Tetap teruskan tradisi
Ketika ditemui OhBulan!, Feeya atau mesra disapa Cik Piah berkata keluarganya akan tetap meneruskan tradisi yang dilakukan oleh ibu mentuanya setiap kali menyambut hari raya.
Suasana pilu itu pasti ada, tetapi kami tetap akan berkumpul juga di rumah mak.
Sebelum ini dia suka buat hari keluarga, panggil orang surau takbir raya..jadi kena buat juga walaupun dia dah tak ada. Kita kena teruskan.
Menurut Cik Piah, dia dan keluarga telah merancang aktiviti untuk aidilfitri tahun ini.
Kami semua dah rancang, apa-apa yang arwah mak suka contohnya buat makan-makan, ziarah rumah saudara mara..kita yang hidup kena teruskan.
Jangan bila mak dah tak ada, masing-masing buat hal sendiri.
Feeya berkata demikian pada sidang media kempen Raikan Yang Dirai bersempena sambutan hari raya anjuran Suria FM yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, penyampai radio berusia 35 tahun itu dan seluruh ahli keluarga tetap reda dengan pemergian ibu tercinta.
Sedih tu memang sedih bila hilang mak, tak dapat tengok wajah dia..doa daripada dia.
Saya diuji kehilangan ibu mentua yang saya sayang dan anggap seperti ibu sendiri.
Dalam perkembangan lain, Cik Piah telah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di dalam sebuah drama pendek terbitan Suria FM sempena sambutan aidilfitri.
Untuk info, pendek berjudul Suami Raya itu turut menampilkan Azlee Senario dan Shuib selain membariskan semua penyampai radio Suria FM.