berita

Gambit Tolak Tawaran Watak ‘Gay’, Cukup Hanya Dalam ‘Suamiku Lelaki Pendosa’

March 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas meraih kejayaan dalam drama ‘Suamiku Lelaki Pendosa’, pelakon kacak, Gambit Saifullah memberitahu dia pernah menerima beberapa tawaran untuk membawakan watak sebagai lelaki songsang.

Artikel berkaitan: ‘Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’

Artikel berkaitan: Dituduh Sengaja Tayang Anu Di Media Sosial, Raja Atiq Bengang Individu Dakwa Dirinya ‘Gay’

Artikel berkaitan: Individu Dakwa Raja Atiq Jalin Hubungan Sejenis Tampil Mohon Maaf, Janji Tak Buat Lagi

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bangga Tak Berbaju & Tayang Badan Sado, Netizen Tegur Aurat Atiq Azman– ‘Bukan Dia Budak Tahfiz Ke?’

Artikel berkaitan: Sering Dituduh ‘Gay’, Atiq Azman Bakal Saman Individu Mulut Celupar

Tolak semua tawaran

Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan!, Gambit berkata dia menolak semua tawaran tersebut kerana mahu mengekalkan ekslusif watak ‘Izfairin’ yang dipegang olehnya menerusi drama tersebut.

Selepas drama ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ saya ada terima beberapa tawaran watak yang sama tapi saya tolak. Kalau mahu saya pegang peranan sebagai lelaki songsang, mungkin dalam filem versi drama itu. Kalau projek lain saya kena pertimbangkan dahulu.

Bercerita mengenai kejayaan meraih Anugerah Pelakon Antagonis Terbaik di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023, baru-baru ini, Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 38, berasa sangat gembira dan bersyukur.

Saya nak ucap tahniah kepada para juri, barisan pelakon dan semua penonton. Semua pelakon telah memberikan yang terbaik. Saya bersyukur dan saya rasa watak yang dipegang oleh saya sangat mencabar. Saya baca skrip dahulu sebelum menerima tawaran berlakon. Saya tahu watak itu sekadar lakonan dan saya rasa tiada masalah.

Ujar Gambit, bukan senang untuk dia memegang watak gay dan mencintai suami orang. Tambah Gambit, dia tidak membuat sebarang rujukan sebaliknya, mencipta sendiri personaliti bagi menjayakan watak tersebut.

Gambit ditemui pada sidang media kempen Seindah Kasih Media Prima yang diadakan di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam, semalam.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×