Gambar sekadar hiasan
Seorang pelajar sekolah menengah di Kabupaten Sampang, Indonesia telah bersalin di dalam kelas ketika sedang menduduki peperiksaan.
Artikel Berkaitan: CCTV Bongkar Gadis 19 Tahun Bungkus Bayi, Buang Mayat Dalam Tong Sampah Hospital – ‘Dia Tak Nangis Langsung’
Tiada tanda mencurigakan
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Kompas, guru yang menjaga peperiksaan tersebut, Muhammad Nurchalid, mengakui tiada sebarang tanda yang mencurigakan sebelum peperiksaan itu bermula.
Saya menjaga pada jam kedua, suasana bilik peperiksaan juga normal dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan pelajar itu bersalin.
Menurutnya lagi, suasana di dalam bilik peperiksaan dalam keadaan normal ketika dia mengagihkan kertas peperiksaan kepada pelajar, namun beberapa minit kemudian kelas tersebut menjadi riuh rendah apabila terdengar bunyi tangisan bayi.
Nurchalid segera memeriksa situasi tersebut dan kelihatan seorang pelajar perempuan berada dalam keadaan duduk sambil menggendong bayi yang baru dilahirkan.
Dia cuba menghubungi seorang guru wanita untuk membantunya dan pelajar perempuan itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan dengan menaiki ambulans.
Kebetulan, salah seorang guru mengenali pegawai di Pusat Kesihatan Komuning dengan baik. Jadi dia terus dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti menggunakan ambulans.
Setibanya di pusat kesihatan, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan terus dibawa pulang oleh keluarga pelajar berkenaan.
Sementara itu, pelajar yang baru bersalin itu dirujuk ke Hospital Wilayah Dr Mohammad Zyn kerana keadaannya yang agak membimbangkan.
Sumber: Kompas