berita

Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Walaupun Lumpuh Otak, Juri Menangis Bila Peserta Hafiz Indonesia Ini Mulakan Bacaan

May 10th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Siapa yang tidak mengalirkan air mata apabila melihat seorang kanak-kanak yang mempunyai kekurangan diri dapat menghafal 30 Juzuk Al-Quran dengan bacaan sangat lancar. Penyertaan adik Naja dalam rancangan realiti, Hafiz Indonesia 2019 mengundang sebak penonton.

Kanak-kanak ini menderita penyakit lumpuh otak (Cerebral Palsy) hingga membuatkan dia tidak mampu bertutur dengan lancar, namun dia mempunyai kemampuan untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik sekali.

Kekurangan bukan penghalang

Subhanallah, memang tersentuh hati mendengar alunan lunak bacaan ayat suci Al-Quran dari suara adik Naja ini. Ini membuktikan kekurangan pada diri bukan penghalang untuk seseorang berusaha untuk jadi yang lebih baik.

Adik Naja merupakan salah seorang peserta dalam rancangan Hafiz Indonesia 2019 dan dia mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Rancangan tersebut telah menguji kemampuan hafazan dan ingatan adik Naja dengan memberi beberapa potongan ayat supaya disambung peserta. Lebih hebat lagi, kesemua soalan yang ditanya mampu disambung adik Naja. Tambahan, dia juga dapat mengingat ayat dalam halaman Al-Quran.

Tidak seperti kanak-kanak lain

Menurut perkongsian kisah ibu Naja, dia sama sekali tidak sangka anak lelakinya itu mampu hafaz bacaan Al-Quran dengan lancar dalam masa singkat. Adik Naja dilahirkan sebagai seorang bayi yang normal, namun, doktor mengesahkan adik Naja mengalami cerebral palsy dan disebabkan kelumpuhan otak itu membuatkan perkembangan mindanya agak lambat berbanding bayi lain.

Video ini menyaksikan rata-rata penonton di studio dan juri tersentuh akan kemampuan yang ada pada diri adik Naja. Sehinggakan para juri naik ke atas pentas berpelukan dan bersalaman dengan peserta Hafiz Indonesia 2019 itu.

Sumber: Hafiz Indonesia 2019

SKIP THIS AD ×