Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas disyaki memperkosa seorang kanak-kanak perempuan yang masih di bawah umur.
Artikel Berkaitan: Perkosa & Amang Seksual Gadis Bawah Umur, Remaja Lembam Berdepan Penjara 60 Tahun
Artikel Berkaitan: ‘Pancing’ Untuk Keluar Makan, Remaja 14 Tahun Dirogol Di Tangga Pintu Kecemasan
Abang kurier rogol budak 13 tahun
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan media Indonesia, suspek yang bekerja sebagai penghantar kurier bagi sebuah aplikasi membeli-belah sacara atas talian itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun itu sebanyak 15 kali di beberapa lokasi yang berbeza.
Menurut sumber, perbuatan keji itu dilakukan suspek sejak 28 September lalu iaitu ketika suspek melakukan penghantaran barangan yang dipesan ke rumah maangsa. Suspek juga dikatakan memaksa dan mengugut mangsa untuk melayan nafsu serakahnya. Takut dengan ugutan, mangsa terpaksa menuruti kemahuan suspek. Perbuatan terkutuk itu dilakukan suspek berkali-kali di lokasi dan tempat yang berbeza.
Perkara tersebut terbongkar selepas ibu bapa mangsa berasa curiga melihat anak perempuan mereka itu sering mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak lama selepas itu, mangsa akhirnya mengaku diperkosa oleh suspek. Susulan daripada laporan yang dibuat ibu mangsa, suspek telah ditahan polis dan bakal berhadapan hukuman penjara 15 tahun.
Sumber: Halo Banten