berita

Imej TUDM Tercalar Sebab Foto Niezam Zaidi Pakai ‘Uniform’ Juruterbang – ‘Gambar Itu Semasa Drama Bertajuk Gempur Wira’

October 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Susulan kes penahanan pelakon Niezam Zaidi disebabkan penyalahgunaan dadah, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut terkait. Semua ini berpunca dengan foto Niezam berpakaian seragam TUDM digunakan untuk artikel berita tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Saya Yang Positif Dadah & Ditahan’ – Syafie Naswip

Artikel Berkaitan: Teka Teki Akhirnya Terjawab! Niezam Zaidi, Pengarah & Penolong Pengarah Mengaku Miliki Dadah

Artikel Berkaitan: Rimas Dituduh Terlibat Kes Penyalahgunaan Dadah, Syafie Naswip ‘Deactivate’ Instagram – ‘Harap Niezam Zaidi Dapat Bersihkan Nama Saya’

Itu foto ketika penggambaran drama

Menerusi satu kenyataan, Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menyatakan isu itu telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej pasukan tersebut.

Katanya, pelakon tersebut tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) tetapi foto berpakaian seragam itu adalah ketika penggambaran drama Gempur Wira.

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM. Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej TUDM.

Artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM). Gambar beliau berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa beliau memegang watak sebagai Juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk ‘Gempur Wira’ yang disiarkan dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2018.

Oleh itu, TUDM amat kesal dengan tindakan penggunaan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM dipaparkan di dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh beliau yang memberikan kesan imej yang negatif.

Hati-hati dalam pemilihan gambar

Dalam pada itu, TUDM mengingatkan pada pihak media, pengguna media sosial dan blogger agar lebih peka dalam pemilihan gambar yang digunakan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Sumber: Facebook @Tentera Udara Diraja Malaysia

SKIP THIS AD ×