Bukan sahaja mahu menyaman, isteri kepada Virgoun, Inara Rusli juga mahu menuntut hak royalti bagi beberapa buah lagu yang dicipta bersama suaminya itu.
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Dakwa Virgoun Siap Minta Poligami Ketika Kantoi Curang
Artikel Berkaitan: Ibu Virgoun Tidak Puas Hati Hanya Dapat RM800 Setiap Bulan, Dakwa Bekas Menantu Tamak Haloba
Perjuangkan hak
Memetik laporan detikHOT, tindakan yang diambil Inara itu adalah bertujuan untuk mempertahan serta memperjuangkan haknya sebagai salah seorang pencipta kepada beberapa buah lagu nyanyian Virgoun.
Menurut peguam yang mewakili Inara, Arjana Bagaskara, keputusan mengenai hak royalti itu akan ditentukan pihak mahkamah.
Masih diperjuangkan dan terus berjalan (proses). Sekiranya menang, royalti tersebut akan termaktub di dalam harta sepencarian.
Jadi, kita tunggu sahaja keputusan hakim.
Difahamkan, terdapat tiga buah lagu yang dihasilkan mereka bersama termasuklah lagu popular Virgoun yang berjudul ‘Surat Cinta Untuk Starla’.
Tuntutan royalti 50 peratus akan dilakukan terhadap tiga buah lagu tersebut di mana ketiganya akan menjadi milik Inara.
Dan hak royalti itu akan dimasukkan ke dalam akaun anak Inara.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Virgoun dan Inara menjadi bualan ramai apabila Virgoun didakwa berlaku curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.
Bukan itu sahaja, Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.
Sehinggalah pada Mei yang lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya itu mendedahkan kecurangannya secara terbuka.
Sumber: detikHOT