Pelakon Sharnaaz Ahmad dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini, daripada pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium pada Jun tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Jadi ‘Delivery Boy’ Hantar Kopi Untuk Amelia Christie, Siap Main Kenyit Mata
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Mohon Maaf Guna Bahasa Kasar, Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – ‘Dah Memang Macam Tu Aku Cakap’
Kena fikir banyak kali
Menurut Sharnaaz, dia belajar banyak perkara selepas lebih setahun naik turun mahkamah.
Akan datang kena pikiaq (fikir) banyak kali lah, tak mau (tak nak) buat perangai lagi.
Saya bersyukur dan sekarang sudah bebas, ini soal reputasi dan perjalanan karier saya.
Saya dah banyak belajar dan akan terus belajar.
Disoal mengenai perancangannya selepas ini, bapa kepada Jebat Jayden ini memberitahu dia akan pergi bercuti dengan anaknya.
Saya rasa kena tengok balik diri saya. Saya nak masuk 40 (tahun) dah, perangai masih macam budak lagi.
Apa jadi dalam hidup saya satu story (cerita), saya rasa kalau tutup buku, story saya akan jadi menarik.
Sumber: Harian Metro