Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar aktif berkongsi pelbagai jenis resipi mudah kepada warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Masak Sambal Sotong Kegemaran Syamsul, Ira Kazar Layan Permintaan Netizen Minta Resepi
Artikel Berkaitan: ‘Som Som’ Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak
Lama tak kongsi resipi
Namun begitu, Ira, 27, dilihat sudah lama tidak memuat naik hantaran video baharu di akaun TikTok miliknya.
Kali terakhir Ira berkongsi adalah pada 14 Oktober lalu iaitu masakan Korea, Sundubu Jijigae yang sudah mendapat 1.4 juta tontonan.
Tindakan Ira menyepi telah membuatkan pengikut setia tertanya serta ternanti video masakan terbaru.
Sebelum ini, perkongsian resipi yang dilakukan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi mendapat sambutan hangat selain voice over ‘Hello everyone’ disukai wargamaya.
Antara menu masakan lain yang pernah dikongsikan adalah bubur som som (2.7 juta), pengat pisang (2.5 juta), Gigi Hadid’s pasta (2.5 juta) dan taucu sardin (2.3 juta).
Sekadar info, pada 5 Januari lalu, Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand.
Sumber: TikTok