Tindakan pelakon Mawar Rashid membuka tudung telah menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial. Isu panas itu juga menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd untuk bersuara.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Patut Dicontohi, Ini Antara Saya Dengan Allah’ – Mawar Rashid Bersuara Isu Buka Tudung
Kena lawan dugaan syaitan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ahmad Dusuki yang turut dikenali sebagai UAD menyatakan kaum hawa yang ingin menjadi penghuni syurga perlu kuat beristiqamah dalam agama Islam.
Pesan UAD, di saat sedang berdepan ujian, jangan sesekali kembali ke lembah maksiat.
Bukan begitu untuk menjadi penghuni syurga wahai para muslimah, jadikanlah diri kita sebagai manusia yang istiqamah dengan Islam.
Apabila kita taat, sudah tentu kita akan diuji dengan ujian. Saat itu jangan kita kembali membuat maksiat apabila sudah menutup aurat.
Istiqamahlah dengan taat, bukan kita mengalah sehingga kembali membuat maksiat!!! Ujian itu akan mengangkat darjat!!!
Terdahulu, tindakan Mawar memuat naik gambar memperlihatkan dirinya yang tidak lagi mengenakan tudung dengan kapsyen ‘Saya dah cuba. Tetapi saya gagal. Saya minta maaf.’ telah mengejutkan ramai pihak.
Sekadar info, Mawar terbuka hati untuk memakai tudung pada Ogos 2020 selepas masuk kelas agama.
Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.
Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Sumber: Instagram