berita

‘Jangan Aibkan Orang Lain’ – Siti Sarah Selar Individu Sibuk Cari Kesalahan Bahasa Inggeris

February 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, perkataan Inggeris yang dilontarkan oleh beberapa individu mula menjadi perhatian lebih-lebih lagi apabila penyanyi Adibah Noor memberi teguran dan memperbetulkan semula sebutan mereka.

Artikel berkaitan: ‘Memang Nak Viral, Tapi Bukan Nak Popular’ – Adibah Noor

Artikel berkaitan: ‘Tak Payah Sebut B Tu’ – Adibah Noor Betulkan Sebutan Rina Harun Dalam Video Ucapan PBB

Berhubung perkara itu, ada segelintir pihak turut mempunyai pandangan tersendiri seperti penyanyi Siti Sarah. Dia menerusi laman Twitter dilihat dia mempertahankan golongan yang kurang mahir berbahasa Inggeris.

‘Okay je if cakap broken English’

Siti Sarah berpendapat tidak semua orang Melayu boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Malah, dia turut melontarkan pandangan peribadinya dengan mengatakan ‘okay’ sekiranya kita bercakap ‘broken English’. Sedangkan orang Barat juga berkomunikasi tanpa mengikut panduan tatabahasa yang sebaiknya.

‘Tak payah malu kalau tak reti’

Tambahnya lagi, dia mohon agar sesiapa sahaja yang kurang mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris untuk tidak patah semangat dan terus berusaha. Malah, dia menyifatkan mana-mana individu yang ingin membantu golongan kurang mahir ini untuk tidak menegur sampai tahap mengaibkan.

Dah kenapa?

Sebelum ini, Adibah Noor menerusi ciapan di laman Twitter memuatnaik satu status yang dilihat ditujukan kepada seseorang dipercayai individu dalam industri seni. Penyanyi Terlalu Istimewa itu, dilihat menegur kepada individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP apabila duduk di meja makan melebihi dua orang di sebuah restoran, tempoh hari.

Adakah ciapan status di laman Twitter Adibah Noor ini ditujukan kepada pasangan selebriti?

Sumber: Siti Sarah, Adibah Noor

SKIP THIS AD ×