Baru-baru ini, viral berita palsu mengenai seorang pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia disebabkan suntikan vaksin yang diambil olehnya.
Susulan daripada itu, isteri kepada arwah telah tampil membuat laporan polis berhubung berita palsu tersebut dan sekaligus menyangkal dakwaan segelintir pihak berhubung kes kematian suaminya.
Hidap masalah hati dan buah pinggang
Menurut isteri kepada arwah Muhd Hazim iaitu Natasha, dia terkejut apabila kes kematian suaminya itu dikait dengan suntikan vaksin dos kedua. Jelas Natasha, arwah menghidap masalah hati dan kedua-dua buah pinggang arwah telah rosak. Oleh itu, dia menegaskan bahawa kematian arwah tidak mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin.
Seluruh ahli keluarga terkesan dan bersedih kerana sebab kematian suami telah difitnah oleh orang-orang yang tidak dikenali.
Tambah Natasha, laporan polis dibuat bagi mengelakkan fitnah terhadap arwah di samping menghilangkan rasa takut dalam kalangan masyarakat terhadap pengambilan vaksin seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.
Beratnya ujian buat isteri arwah
Terdahulu, beberapa individu dikesan membuat kenyataan palsu dan berbaur fitnah terhadap kematian arwah Muhd Hazim. Menurut individu tersebut, pihak KKM sengaja ingin merahsiakan punca sebenar kes kematian arwah.
Di samping itu, isteri arwah turut bertanya semula kepada beberapa individu berkenaan tentang sumber berita yang diterima oleh mereka mengenai arwah suaminya. Namun begitu, tiada sebarang penjelasan yang diterima sebaik sahaja soalan itu diajukan di ruangan komen.
Sumber: Aindzaya