Korang yang dah penat beraya sakan di rumah saudara mara dan rakan-rakan tu, apa kata join festival Hari Raya dianjurkan oleh Gamuda Cove pada 6hb Mei ni pulak. Raya kan sebulan, baik korang enjoy while it last. Gituu.
Jom min kongsikan aktiviti apa je yang ada nanti!
Wow…Penyanyi wanita terbaik di Malaysia hadir meriahkan lagi festival Raya dengan persembahan nyanyian. Kemasukan percuma tau!
Bukan setakat sambut festival raya je, korang juga berpeluang untuk enjoy persembahan daripada penyanyi lokal Malaysia yang terkenal, Dayang Nurfaizah!
Siapa je yang tak kenal dengan Dayang Nurfaizah? Nyanyian dan lagunya semua sedap-sedap dan best tau. Omg… tak sabar nak tengok live persembahan nanti!
Ada beberapa buah lagu yang akan dibawakan oleh Dayang, khas hanya di rumah terbuka Cove Raya je tau. Bukan tu je, ada juga slot meet and greet bersama Dayang NurFaizah untuk GL Friends. Slot disediakan adalah terhad tau!
Siapa yang tak pergi tu melepas lah peluang korang. Rugi dah lah kemasukan free je!
Menariknya lagi, korang juga berpeluang untuk melihat persembahan melayu tradisional yang memaparkan beberapa tarian-tarian tradisi khas pada hari raya festival ini sahaja. Syoknyaa!
Belajar melabur hartanah bersama Ahyat Ishak
Haa… siapa yang nak belajar tentang pelaburan hartanah dari Ahyat Ishak yang terkenal di kalangan pasaran melayu, bolehlah join ceramah ni.
Time ni jelah peluang untuk korang bertanyakan soalan yang berkaitan topik hartanah tau dengan pakar. Jangan lepaskan peluang keemasan ni!
Apa? Boleh dapat duit Raya jugak?
Apalah ertinya raya kalau tak dapat duit raya kan. Haa… bukan setakat dapat duit raya dengan sedara mara korang je tau. Gamuda Cove pun nak bagi duit raya juga dekat korang di sesi HotFM ni!
Sesi yang diadakan ni senang je tau untuk korang sertai. Caranya senang saja korang perlu jawab beberapa soalan yang mudah dan seronok untuk memenangi duit raya dari kami. Yeay dapat duit raya!
Bukan tu je, sesi cabutan bertuah juga ada tau. Siapa yang rasa dia bertuah tu kena join sebab mana tau kali ni korang boleh menangkan!
Alang-alang dah join festival Raya tu. Jom lah belajar sekali buat Ketupat Raya dan Lemang bersama “Bengkel Raya”
Ketupat dan lemang adalah makanan yang wajib sangat ada time raya ni. Jadi korang kenalah belajar nak buat dan hidangkan dekat tetamu sendiri. Takkan asyik nak beli dekat luar je… bila pulak orang nak dapat merasa air tangan kita sendiri pulak. Betul tak?
Haa… kali ni korang boleh belajar cara-cara nak buat ketupat dan lemang dari Bengkel Raya tau. Dari sini lah korang boleh belajar dan rasai sendiri masakan yang korang buat tu.
Bukan tu je, selain belajar cara buat lemang dan masak sendiri dengan arang, korang boleh bawak balik lemang tu. Bolehlah share dengan keluarga dan mintak pendapat dari diorang sekali!
Jom belajar cara menanam tumbuhan dan berpeluang memenangi pek anak benih secara percuma sekali!
Hm..Belum habis lagi ni, min tak share lagi satu aktiviti menarik korang boleh buat nanti. Antaranya ialah bengkel ESG – Raya Hijau. Apa tu?
Bengkel ni khas untuk pencinta aktiviti tanam tanaman di mana korang boleh join bengkel tumbuhan ni sebab di sinilah korang boleh fikirkan langkah-langkah yang betul untuk belajar menanam tau.
Peserta boleh mengimbas kod Qr dan jawab soalan tinjauan untuk menebus pek anak benih ni secara percuma. Jom serbu ramai-ramai nanti!
Min tahu bila bab makanan ni mesti korang semua taknak lepaskan peluang kan. Lagi-lagi bila dapat secara percuma tu. Siapa je yang taknak? Confirm berpusu-pusu orang nak ambil kan!
Haa… inilah waktu yang ditunggukan buat semua rakyat Malaysia. Korang berpeluang untuk memenangi buffet makanan raya percuma. Yeay!
Tak cukup lagi? Korang juga akan diberikan baucer makanan food truck berjumlah RM5 secara percuma je.
Bukan tu je. Selain dari makanan, korang juga berpeluang memenangi perjalanan karusel, perjalanan aerobar dan menaiki trem. Semua ni boleh dapat secara percuma. WOW gempak giler!
Tapi item ni berdasarkan stok yang masih ada je tau. Tu sebaiknya min nasihatkan korang datang awal dan grab cepat-cepat sebelum kehabisan stok! Jangan cakap min tak ingatkan ya…
Banyak lagi aktiviti menarik menanti korang. Contohnya:
- Makanan Raya Percuma
- Persembahan tradisional Melayu.
- Penampilan selebriti – Dayang Nurfaizah
- Rancangan Ceramah Hartanah – Ahyat Ishak
- Dayang Meet and Greet untuk GL Friends.
- Bengkel Raya
- Cabutan Bertuah Raya
- Food truck
- ESG Booth- Raya Hijau
- Booth Cuckoo
- Booth SplashMania
Tarikh dan masa:
- Sabtu
- 6th Mei 2023
- 5pm – 9pm
Jadi tunggu apa lagi, mari ramai-ramai meriahkan lagi festival Hari Raya bersama Gamuda Cove nanti. Untuk ketahui lebih lanjut korang boleh ke laman media sosial dan laman web mereka untuk lebih banyak info. Jumpa korang disana!