berita

Kanak-Kanak Perempuan Maut Didera Bapa Tiri, Usus Pecah Dihentak Objek Tumpul

November 24th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan maut didera oleh bapa tiri dengan menggunakan objek tumpul yang menyebabkan kecederaan yang teruk di beberapa bahagian badan mangsa.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lumpuh Tanggung Derita Didera Bapa Tiri, Kemaluan & Kaki Dicucuh Puntung Rokok

Artikel Berkaitan: Bapa Tiri ‘Belasah’ Anak 5 Tahun Sampai Mati, Siap Pakat Dengan Isteri Ajak Berkelah Sebab Nak Tanam Mayat 

Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Dari Neraka! Gadis Dakwa Dicekik, Dipukul & Sampai Lebam..Pernah Nak Ambil Parang 

Dihentak objek tumpul

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa berusia 11 tahun itu didapati meninggal dunia ketika di dalam ambulans semasa perjalanan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

Punca kematian mangsa dipercayai akibat daripada hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan perut mangsa yang menjadi punca ususnya pecah.

Ada juga kesan-kesan lebam lain seperti di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan.

Tambahnya lagi, suspek mengaku pernah memukul mangsa dengan baldi akibat kelakukan kanak-kanak itu yang sering membuat masalah ketika ketiadaan isterinya di rumah.

Susulan itu, suspek berjaya ditahan oleh pihak polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika di sekitar Hospital Serdang.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×