18 Ogos 2023 sepatutnya menjadi detik bahagia buat pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana namun sebaliknya terjadi apabila pasangan ini memutuskan untuk membatalkan pernikahan.
Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ya Aku Sakit’ – Hantaran Instagram Mimi Lana Curi Tumpuan Warganet
Tengah healing?
Terbaru, perkongsian Mimi di Instagram (IG) pada malam Rabu telah mencuri tumpuan warganet. Menerusi entri itu, Mimi dipercayai sedang bersiar-siar di taman di samping membeli belah di sebuah pasar raya di London.
Pelakon berumur 28 tahun itu turut menulis kapsyen ringkas iaitu ‘Breathing‘ (bernafas) yang berkemungkinan merujuk kepada mencari ketenangan.
Selain itu, aktres dan penyanyi, Azira Shafinaz turut kelihatan dalam salah satu gambar yang dimuat naik. Namun, tidak dapat dipastikan Mimi berada di sana untuk urusan kerja atau bercuti.
Gila attention?
Bagaimanapun, tindakan pelakon filem Pusaka berkongsi foto berada di luar negara telah menimbulkan rasa kurang senang kepada seorang pengguna media sosial.
Di ruangan komen, individu terbabit tidak berpuas hati dengan alasan Mimi tidak jadi kahwin kerana terikat dengan jadual penggambaran.
Bagi pendapat individu itu, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin perlu mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar bukannya ‘terbang’ ke luar negara.
Minggu lalu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai orang terutama peminat apabila mengumumkan membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadual berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, hari ini.
Berita pembatalan majlis pernikahan pasangan itu disahkan, pengurus Mimi, Iman Tang.
Untuk rekod, pasangan itu pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.
Sumber: Instagram