Umum mengetahui, pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bercerai dengan talak satu, hari ini. Farid melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Kes Cerai Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Diketahui Khamis Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Tak Menangis Kerana Sudah Bersedia, Doakan Kehidupan Baru Farid Kamil
Terima kasih semua
Terbaru, menerusi posting di Instagram, Farid mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya. Tambah Farid, dia hanya boleh merancang dan berusaha tetapi Allah yang menetapkan segalanya.
Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan hampa semua bahagia dunia akhirat. Kita boleh rancang, kita boleh usaha, ketetapan tetap pada yang punya Kuasa.
Sekadar info, Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.
Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.
Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.