Meskipun sudah berusia 56 tahun namun pelakon senior, Faizal Hussein mengakui berpuas hati apabila dapat menjayakan sendiri watak aksi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Iklan Raya Faizal Hussein Pilih Baju Isteri – ‘Salah Bagi Jawapan, Naya ..’
Artikel Berkaitan: Bayaran Tidak Setimpal Jadi Punca Faizal Hussein Tolak Tawaran Berlakon Iklan Antarabangsa
Suka buat ‘stunt’
Ketika ditemui OhBulan! Faizal meluahkan rasa syukur kerana pihak produksi masih memberi kepercayaan kepadanya untuk melakukan adegan aksi.
Saya bersyukur pada usia ini masih diberi peluang untuk bawa watak yang susah. Semua aksi dalam drama ini saya buat sendiri. Cuma kena tengok pada koreografi kemudian saya beritahu apa yang saya tak boleh buat dan ada yang saya tambah sendiri.
Ada juga babak yang ‘stuntman’ tak bagi saya buat. Untungnya apabila saya buat sendiri, pengarah akan ambil ‘angle’ wajah saya.
Faizal berkata demikian pada sidang media drama W: Two Worlds Watch Party yang berlangsung di Pavillion Hotel pada Rabu.
Dalam pada itu, Faizal juga mendedahkan bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian kuku kaki ketika menjalani penggambaran drama tersebut.
Ketika itu ada satu babak berlawan dari pagi sampai petang, kuku kaki saya jadi kehitaman dan tercabut. Tapi nanti baiklah kuku tu.
Sementara itu, pelakon filem Gila-Gila Remaja ini turut berkongsi rutin yang dilakukannya untuk menjayakan sesuatu watak aksi.
Kita kena tahu tahap kesihatan kita dan ini adalah benda yang saya suka buat. Jadi bila dah suka semua perkara jadi senang dan saya ‘enjoy’.
Bila saya tahu apa watak saya terutama babak aksi, saya akan bersenam tetapi saya hanya bersenam menggunakan ‘dumbbell’ sahaja. Pemakanan pula saya tak mengamalkan diet dan tak pernah menambah apabila menikmati makanan.
Untuk info, drama berkenaan diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan dengan judul yang sama. Drama ini juga turut dibintangi pelakon antaranya Hun Haqeem, Daiyan Trish, Mierul Aiman, Tony Eusoff, Elizebeth Tan dan ramai lagi.