Mahkamah hari ini telah menetapkan tarikh 6 dan 7 Februari 2024 bagi perbicaraan kes dakwaan pelakon Hafidz Roshdi mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Selamba Komen Di Video Nyanyian Hafidz Roshdi & Janna Nick- ‘Kena Lagu Ini Dengan Dia’
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sihat & Waras, Perbicaraan Boleh Diteruskan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Mahkamah Perintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia
Masalah kesihatan mental
Ketika ditemui OhBulan!, peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihak pembelaan telah mengemukakan representasi pada 28 September lalu.
Pendakwaan akan menjawab dalam masa terdekat jadi kita tunggu. Kita akan tahu jawapan sebelum 6 dan 7 Februari, Timbalan Pendakwa Raya akan maklumkan kepada mahkamah apa jawapan mereka terhadap representasi kita.
Jika positif maka kes akan digugurkan, jika tidak kes akan diteruskan untuk perbicaraan. Kalau dapat jawapan awal akan buat semakan semula dan mungkin akan buat representasi kedua. Tapi semuanya masih bergantung.
Dalam pada itu, Akberdin menjelaskan bahawa Hafidz sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan mental.
Pihak pembelaan ada mengambil masa sedikit sebab pihak pendakwaan meminta untuk menghantar anak guam kami ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk buat analisa kesihatan mental dia.
Hafidz juga ada buat pemeriksaan sendiri di Hospital Shah Alam jadi dia ada ‘follow up’ di sana, jadi kita nak tahulah keputusan pemeriksaan dia. Memang Hafidz ada dapatkan rawatan di situ sebelum kes ini lagi.
Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.
Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.
Pada 2 Mac lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.
Pelakon berusia 29 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.
Untuk info, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.
@ohbulanofficial Replying to @meloesss Penyusulan and penerangan kes dakwaan Hafidz Roshdi #ohbulan #fyp #news #hafidzroshdi