Abang kepada Rizky Billar iaitu Bobby Rahman meluahkan rasa prihatin terhadap kisah rumah tangga adiknya dan Lesti. Walaupun hubungan pasangan tersebut kini berada di ‘hujung tanduk’, Bobby berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat mereka serta segala masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.
Artikel berkaitan: Rizky Billar Rugi Besar Dalam Perniagaan, Ahli Keluarga Alami Tekanan Mental
Artikel Berkaitan: Tiada Peluang Kedua, Bapa Mahu Lesti Kejora Cerai Dengan Rizky Billar
Artikel Berkaitan: Rizky Billar Sudah Lafaz Cerai Talak Satu Pada Lesti Kejora
Artikel Berkaitan: Polis Dedah Lesti Kejora Pernah Dibaling Bola Snuker
Harap masalah dapat selesai cepat
Yang penting doa sahaja yang terbaik buat mereka. Harap masalah cepat diselesaikan. Alhamdulillah, mereka masih berhubung antara satu sama lain.
Menurut Bobby, hubungan Rizky dengan Lesti tidak pernah putus walaupun dugaan telah melanda. Tambah Bobby, pasangan tersebut saling berkomunikasi. Diminta untuk mengulas mengenai perbuatan Rizky terhadap Lesti, Bobby berkata dia enggan mengulas lebih lanjut. Bagi Bobby, setiap rumah tangga pasti ada masalah. Cuma ia tidak perlu diperhebohkan kepada orang ramai.
Dekatkan diri kepada Tuhan
Menerusi laporan Tabloid Bintang, Rizky dilaporkan sedang memperdalam ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Menurut ayah angkat Rizky iaitu Idzhar, penyanyi itu sedang belajar ilmu agama di sebuah tempat yang sangat bagus. Berikutan daripada itu juga, Rizky tidak tampil dan memberi sebarang komen mengenai kisah rumah tangganya kepada rakan media.
Sejak Lesti buat laporan, Rizky telah menghilang diri. Bahkan orang terdekat sukar untuk menghubunginya pada waktu itu.
Sumber: Tabloid Bintang